Lihat tajuk sahaja pasti anda berasa pelik, puasa belum lagi sudah mahu dekorasi untuk Aidilfitri nanti.
Rakaman Dekorasi Aidilfitri
Sebenarnya untuk pengetahuan anda, baru-baru ini H.A dijemput sebagai perunding rekabentuk dalaman untuk sebuah rancangan berkenaan ‘Dekorasi Aidilfitri’ yang bakal ditayangkan pada bulan puasa nanti. Tugas H.A sebahagian episod adalah memberikan tip-tip dekorasi untuk Hari Raya.
H.A ada kongsikan tip:
- Bagaimana mencantikkan rumah kita mengikut tema Hari Raya.
- Bagaimana memilih karpet yang sesuai
- Berkenaan bunga segar dan bunga tiruan
- Tentang percahayaan dan hiasan lampu
- Kesesuaian dalam pemilihan perabot dan akseori
Dan pelbagai lagi tip yang menarik dan mudah untuk kita memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.
Syurga Rumah
Selain itu, pada minggu lepas pada 15 April 2012, H.A berpeluang muncul dalam akhbar Berita Minggu dalam sisipan akhbar Rona!
Dalam artikel tersebut, H.A ditemuramah untuk berkongsi tentang bagaimana kita boleh menghias cantik bilik tidur kita tanpa perlu berbelanja lebih dan cara permilihan perabot dan aksesori mengikut tema yang sesuai.
Beberapa tip dekorasi yang H.A kongsikan ialah:
1. Sebelum memilih hiasan, tentukan tema dekorasi bilik tidur kita. Contoh, tema Klasik Inggeris, Tropikal Bali atau Moden Kontemporari. Jangan ikutkan trend, sebab trend sentiasa berubah-ubah. Apa yang terhangat pada masa sekarang, belum tentu menarik pada 2 atau3 tahun akan datang. Melainkan anda mempunyai kelebihan kewangan, setahun sekali boleh tukar tema dekorasi.
2. Setelah tema atau konsep yang sesuai dengan kita dipilih, mudah untuk kita memilih perabot, kemasan dan aksesori yang sepadan dengan tema. Tidaklah nanti hiasan kita menjadi rojak!
3. Selain itu, utamakan aspek praktikal berbanding memikirkan soal cantik, kerana bilik tidur berfungsi sebagai ruang rehat dan tidur. Elakkan membawa perabot yang kurang sesuai seperti rak TV atau meja konsol jika ruang bilik tidur kita sempit.
Dalam pemilih warna untuk bilik tidur, bilik yang sempit sesuai dengan warna yang terang atau warna-warna pastel seperti kuning, jingga dan bagi bilik tidur yang luas sesuai warna-warna gelap seperti hijau, biru atau ungu. Selain itu, pilih warna ikut minat anda.
Semoga bilik tidur anda cantik dan selesa. Selamat Berdekorasi!
Terima kasih kepada Berita Minggu kerana feature saya dalam Rona!
Terbaekkk lahh Alam 🙂
Terima kasih dan tidak sangka 🙂
minatnya deco2. cant wait to move out new house next yr..tolong guide nti yer
Boleh