fromis_9 Menang Music Show Buat Pertama Kali Sejak Debut 4 Tahun Lepas

fromis_9 menang buat pertama kali sejak debut (3 tahun 7 bulan dan 14 hari) pada 7 September 2021 di ‘The Show’ dengan lagu ‘Talk & Talk’. Mereka mengalahkan dua calon minggu ini iaitu Kwon Eunbi dan MIRAE.

Talk & Talk

“Talk & Talk” Special Single Album merupakan comeback pertama mereka selepas berpindah ke agensi Plendis Entertaiment pada 16 Ogos 2021 yang kini milik HYBE Corporation.

Mereka mula dibentuk dalam rancangan realiti TV ‘Idol School’ (2017). Sehingga kini, mereka mempunyai 8 album , 8 comeback, 11 kali percalonan dalam rancangan muzik dan di bawah tiga pengurusan berbeza ( Off The Record , Stone Music dan terkini Pledis).

@fromisupdate/ Twitter

Walaupun mempunyai senarai lagu yang menarik dan catchy seperti ‘DKDK’ , ‘Love Bomb’, ‘FUN’ dan ‘WE GO’, mereka masih belum ada rezeki menang (hanya satu kali hampir menang dengan perbezaan mata yang sikit ketika WE GO comeback).

@sbsmtvtheshow/ Twitter

Tonton video kemenangan dan ucapan mereka.

Fromis_9 maknae Jiheon paling tidak dapat menahan tangisan. Dia yang menjalani dwi kehidupan sebagai pelajar dan idol tentulah menghadapi cabaran yang lebih berat. Turut menarik perhatian aksi Gyuri yang berbakat dalam imbangan bola ping-pong.

Sebagai Flover (fandom fromis_9) saya gembira dan turut menangis. Bayangkan ikuti perkembangan mereka sejak Idol School (2017) sehingga kini. Selepas tiga tahun lebih baru dapat menang anugerah rancangan muzik. Lama sungguh.

Berbanding boys & girls group yang debut pada tahun sama dengan fromis_9 atau rookie (2019 /2020) menang lebih cepat kerana kelebihan dari segi label agensi hiburan yang lebih popular dengan peminat yang lebih besar.

Video ucapan terima kasih.

Chukhahae! fromis_9!

Hazlam Anuar

Penulis Blinkbook, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?'

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *