Global Wow Korea Supporters Field Trip Day 5 (Traditional & Modern Mix Tour)

Hari kelima  dan tour terakhir 2017 Global Wow Korea Supporters ini penuh dengan aktiviti. Sebelum esoknya para peserta akan pulang ke negara masing-masing. Tour ini mempunyai gabungan atau pertemuan traditional dan juga moden.

Bukchon Hanok Village

Bukchon Hanok Village di Jongnu-gu

Lokasi pelancong yang popular. Bertambah menarik ia dikelilingi dengan istana-istana seperti Gyeongbokgung Palace, Changdeokgung Palace. Terdapat 900 rumah traditional Korea (Hanok).

Senibina rumah Hanok di Bukchon Hanok Village

Sebelum bersiar-siar sekitar perkampungan ini, kami pergi ke kedai menyewa pakaian traditional Korea, Hanbok. Kedai ini mempunyai banyak pilihan pakaian terutama sekali untuk kaum wanita. Saya memilih hanbok yang merupakan polis di kawasan perkampungan biasa. Saya ingatkan polis/ askar diraja huhuhu.

Myeongjang Hanbok Center

Entrance Myeongjang Hanbok Center

Kedai pakaian sewaan yang dibuat oleh salah seorang Korean Master Hand

Pilih pakaian Hanbok kaum lelaki

Pilihan pakaian Hanbok kaum wanita

Para peserta Global Wow Korea Supporters dengan pelbagai jenis Hanbok

Penulis memakai Hanbok polis di zaman Joseon

  • Alamat: 66-2 /66-4 Yulgok-ro 3-gil Jongno-gu Seoul
  • Masa operasi: 10am-530pm
  • Harga: 10,000KRW~30,000KRW. Mengikat rambut (5,000KRW)
  • Pengangkutan: Anguk Station (Exit 1) > jalan terus sehingga jumpa simpang empat > ke kanan (dapati kiri kanan dinding batu bata (sekolah) > Jalan terus sehingga berjumpa jambatan> selepas itu terdapat lorong kecil (antara kedai) sebelah kanan> masuk dan jumpa.
  • Rujukan: https://www.instagram.com/hanbok_leesojeong

Papan tanda infomasi di Bukchon Hanok Village

  • Alamat: 37, Gyedong-gil, Jongno-gu, Seoul
  • Masa operasi: 9am-5pm
  • Pengangkutan: Anguk Station (Seoul Subway Line 3), Exit 1 atau 2 > jalan terus dalam 300m dan tiba di Bukchon Hanok Village. Rasa tiba apabila kelihatan kediaman dengan senibina traditional Korean Hanok.
  • Website: hanok.seoul.go.kr

Nota: Disebabkan ia kawasan kediaman, pastikan tidak bising, menjaga kebersihan dan adab.

Insadong

Insadong

Salah satu lokasi membeli barangan cenderamata. Menariknya, kedai-kedai dengan nama barat ditukar dengan tulisan Hangeul.

  • Alamat: 62, Insadong-gil, Jongno-gu, Seoul
  • Pengangkutan: Anguk Station (Seoul Subway Line 3), Exit 6 > Jalan terus 100m, kemudian ke kiri.
  • Website: http://www.insainfo.or.kr/ (Korean)

Yangban Daek Restaurant

Yangbandaek Restaurant di Insadong

Kami makan tengah hari di restoran yang berada di Insadong, restoran Yangbandaek. Terkenal dengan menu-menu Korean table d’hôte.

Korean table d’hôte di Yangbandaeg Restaurant

Kami dijamu dengan  menu Han-jeongsik (Korean table d’hôte) – iaitu hidangan full-course Korea.

Lokasi Restoran Yangban Daek

Ssamziegil

Ssamziegil di Insadong

Semasa free time, saya singgah ke  Ssamziegil (sebuah bangunan dengan kedai kraf, cenderahati, kafe, galeri seni dan taman di bumbung. Menariknya bangunan ini dibina dengan rekaan walkway spiral) dan sempat ke Poop Cafe 🙂

Ttongppang (poo bread)

Ssamzigil dengan walkway spiral

Taman atas bumbung bangunan Ssamziegil

Poop Cafe make poop look cute

Poop cafe interior and decoration

Lokasi Ssamziegil di Insadong

  • Alamat: 44, Insadong-gil, Jongno-gu, Seoul
  • Masa operasi: 10am- 830pm
  • Pengangkutan: Dalam kawasan Insadong
  • Website: http://www.ssamzigil.com/ (Korean)

 

Hit VR (Hongdae)

Entrance Hit VR Hongdae

Hit VR yang turut dikenali sebagai taman tema VR (virtual reality). Terletak di L7 Hotel tingkat dua. Hanya seminit dua berjalan kaki terus dari Hongik Univ. exit 1.

Variasi mesin virtual reality di HitVR

Pelindung muka turut diberi. Yelah, ramai orang guna mesin-mesin VR dan melindungi make up untuk para wanita.

Wristband and face protection HitVR

Mesin-mesin di Hit VR Hongdae

Jenis VR individu

Terdapat pelbagai jenis mesin VR seperti roller coaster, jeep, robot, racing car. Juga jenis individu seperti menjadi menjadi askar, melawan zombi. Fasiliti yang ada seperti loker dan kafe.

Peta ke Hit VR dari Hongik Univ Station Exit 1

  • Alamat: 141 Yanghwa-ro, Mapo-gu, Seoul, L7 HONGDAE
  • Masa operasi: 1pm- 10pm / 1pm-12am (hujung minggu)
  • Tiket: 30,000KRW (pas sehari) / 20,000KRW (seorang bagi kumpulan tiga orang)
  • Pengangkutan: Hongik Univ. station (exit 1) > jalan terus 100m dan belah kanan akan ternampak signage L7 Hotel.
  • Website: https://www.lottehotel.com/hongdae-l7  , https://blog.naver.com/hitvr (Korean)

Ugly Stove restaurant

Ugly Stove Hongdae branch

Kami dibawa ke restoran Ugly Stove cawangan Hongdae yang berada di tingkat 2 untuk makan malam. Saya memilih Seafood Tomato Pasta.

Ugly Stove Hongdae branch interior

Seafood Tomato Pasta

Peta ke Ugly Stove dari Hongik Univ Station Exit 9

  • Alamat: 358-1, Seogyo-dong, Mapo-gu, Seoul
  • Masa operasi: 1030am-930pm
  • Harga: 2,900 KRW – 25,000KRW
  • Pengangkutan:Hongik
  • Website: http://www.uglystove.com (Korean)

Nota: Kami bersama dengan pengurus Korea yang tahu tentang apa yang boleh dan tidak boleh dimakan oleh Muslim.

Namsan Seoul Tower

N Seoul Tower di waktu malam

Kami menaiki kabel dengan round trip ticket berharga 8,5000KRW (Terkini 9,500KRW)

Cable car round trip ticket to Namsan Seoul Tower

Tree of Love Locks at N Seoul Tower

Love Locks yang menjadi tarikan di Namsan Seoul Tower

Pemandangan waktu malam Seoul dari observatory Namsan Seoul Tower

Jarak N Seoul Tower dengan Kuala Lumpur Malaysia

  • Alamat: 105 Namsangongwon-gil, Yongsan 2(i)ga-dong, Yongsan-gu, Seoul
  • Masa operasi: 10am-11pm / 12am
  • Tiket: 8,000KRW (kanak-kanak), 10,000KRW (dewasa) Observatory
  • Pengangkutan: NSeoulTower shuttle bus (No.2 -Chungmuro Station Exit 2 / Dongguk Univ. Exit 6) / (No.3 – Seoul Station Exit 9 / Itaewon Station Exit 4 / Hangangjin Station Exit 2) / (No.5 – Myeongdong Station Exit 3 / Chungmuro Station Exit 2)
  • Website: http://www.nseoultower.co.kr/eng/ , www.cablecar.co.kr

Tip: Elakkan mengunakan cabel car di hujung minggu. Semestinya barisan Q  yang panjang.

 

 

Hazlam Anuar

Penulis, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan ' Miss Princess Hanbok (2022)', 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *