Daging lembu Korea digelar Hanwoo atau Hanu yang merupakan daging premium yang popular di Korea kini boleh didapati secara halal di Malaysia.
Daging Hanwoo berbeza dengan daging Wagyu yang berasal dari Jepun. Tidak seperti Wagyu, yang mempunyai dominasi marbling, Hanwoo secara perbandingan kurang lemak dan berminyak, tetapi rasa dagingnya lebih tinggi.
Hanwoo
HANWOO adalah nama yang diberikan kepada lembu asli yang dilahirkan dan diternak di Korea. Telah menjadi sumber kebanggaan nationaliti dan budaya Korea selama lebih 5,000 tahun.
Menjadi hadiah yang wajib dan mewah ketika perayaan Chuseok (Korean Thanksgiving).
Daging lembu Hanwoo adalah salah satu daging yang paling esklusif dan mahal di dunia.
Lembu Hanwoo terkenal dengan rasa marbling yang tinggi, dan rasa daging lembu yang manis. Rahsia keseimbangan sempurnanya terletak pada cara lembu diternak dan diberikan makan. Hanwoo mempunyai rasa unik dan jus kesedapan daging lembu yang tersendiri.
Halal
Agensi yang berkaitan lembu daging Korea halal. HANWOO Korea Beef, JAKIM, Korea Muslim Federation Halal Commitee (KMF) dan Halal Malaysia.
Berita
Pusat penyembelihan halal yang pertama di Korea Selatan terletak di Hongcheon, wilayah Gangwon.
Pada bulan Mei 2023, kedua-dua negara menandatangi kontrak mengeksport daging lembu Korea ke Malaysia pada majlis 2023 K-Beef Launching Event di Kuala Lumpur.
Kfood
Pelbagai menu makan Korean daripada potongan bahagian daging lembu Hanwoo.
- Korean BBQ Steak
- Meat Jeon (Korean Beef Pancake)
- Galbi-jjim (Korean Braised Short Ribs)
- Beef Bibimbap
- Bulgogi-Ssam (wraps with vegetables)