Idea Segera Dekorasi Ruang Tamu

Anda seorang yang sibuk, atau anda seorang yang berjimat dalam menghias kediaman. Tetapi mahu ruang tamu nampak mesra dan menarik untuk tetamu yang hadir atau semata-mata untuk kepuasan diri apabila melihat hiasan ruang tamu kita nampak cantik.

H.A. tunjukkan anda 5 cara idea segera dekorasi bagi ruang tamu.

  1. Ubah kedudukan perabot
  2. Tambah kushion
  3. Letakkan sofa throw
  4. Berikan bunga-bungaan segar
  5. Buku dan majalah sebagai aksesori dekorasi

 

#1-Ubah kedudukan perabot

Bagaimana kedudukan perabot di ruang tamu anda? Adakah anda mempunyai sofa 3+2+1 atau sofa 2+1+1? Jika anda mempunyai armchair, sudutkan kerusi tersebut 30 atau 45 darjah. Jika kedudukan asal sofa/kerusi di kiri anda, tukarkan ke kanan anda atau alihkan meja sisi ke sudut lain.

#2-Tambahkan kushion

Jika sofa anda ada dua kushion sahaja, tambahkan menjadi empat atau lima kushion.Kushion boleh bentuk berbeza atau sama. Ini bagi mewujudkan cozyness and a bit of luxurious.

#3-Letakkan sofa throw

Adakah anda mempunyai throw, skaf atau helaian kain yang cantik? Letakkannya di sofa. Anda boleh ratakannya di sofa atau sekadar gantungkannya dilengan sofa.

#4-Berikan bunga-bungaan segar

Tiada apa yang lebih indah secara semulajadi dengan memberikan ruang tamu anda dengan bunga-bungaan yang segar.

#5-Buku dan majalah sebagai aksesori dekorasi

Di rumah penuh dengan buku dan koleksi majalah? Hanya dijadikan sebagai hiasan kabinet buku sahaja. Adakah anda ingin tahu bagaimana mengunakan buku/majalah sebagai barang hiasan?

Caranya, susun rapi buku/majalah di atas meja kopi anda. Tujuannya, supaya ia boleh ย dijadikan topik perbualan kita dengan tetamu dan mereka boleh membacanya dahulu sementara menunggu kita berhias diri atau menyiapkan makanan.

Sebahagian buku/majalah tersebut boleh dijadikan alas pasu bunga atau aksesori dekorasi lain. Buku yang dijadikan alas perlulah yang jarang kita baca. Kalau tidak sikit-sikit mahu alih buku dan aksesori tersebut.

Selamat mencuba ๐Ÿ™‚

Kredit gambar yang diambil dari Flickr (53444428@N02 ,mviamontes, machineisorganic,matches2, 8264333@N06)

Hazlam Anuar

Penulis, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan ' Miss Princess Hanbok (2022)', 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?

104 Comments

  1. ruang tamu kami selari dgn dapur..tiada penghadang atau dinding.apakah tips lain selain membuat dinding.dan ruang tamu kami juga agak sempit.dgn sofa 3 n 2.harap dpt beri tips yg ringkas tpi menarik..terima kasih

    • Cik / Puan, boleh memasang curtain beads (seperti rantai yang terjurai). Bagi ruang tamu sempit sofa 3 elok dialihkan dan digantikan dengan dua armchair. Jika tidak boleh alihkan sofa 3 itu, elakkan letak meja kopi besar di situ, gantikan dengan meja bulat kecil yang boleh dijadikan meja sisi/meja kopi atau letak ottoman yang boleh dijadikan sebagai meja kopi/ tempat duduk.

  2. Salam hazlan,
    kak suka tips tips yg u beri tu…..terus nampak ceria je…

    • Nama saya Hazlam :).
      Terima kasih kerana dapat membantu Puan. Boleh nantikan artikel terbaru dekorasi dan lihat artikel sebelum ini untuk mendapat idea hiasan dalaman yea.

  3. Salam,

    Nak tnye, kalau TV, position cmne elok yer? diletakkan dkat dgn tingkap atau dinding..? TQ.. ๐Ÿ™‚

    • Kedudukan tv kebiasaanya berlatarbelakangkan dinding. Jika diletakkan dekat tingkap takut terkena tempias hujan dan direct sunlight. Takut meletop pula tv tersebut ๐Ÿ™‚ . Selain itu, menganggu langsir pula, silap-silap boleh terbakar dengan wayar daripada tv dan recorder.
      Lagi satu, jangan letakkan tv berhadap dinding yang bertingkap, takut silau nanti.

  4. Assalam Hazlam,. sy nak tnya. mcmna nk susun kusyen 3,2,1 dalam 1 ruang tamu yang luas, dan terdapat sliding door serta pintu utama. adakah perlu di letakkan meja makan serta ruang menonton tv d ruang tamu? trima kasih

    • 1) Adakah cik Zaza perlukan tv di ruang tamu? Jika ya letakkan.
      2) Meja makan kebiasaan diletak di ruang berdekatan dapur.
      3) sofa 3 sitter (jumlah kusyen 2 atau 4 atau 5). Sofa 2 sitter (jumlah kusyen 2 atau 3 atau 4). Sofa single, satu kusyen sudah cukup.
      4) Kusyen yang berjumlah 5, selalunya di’angel’kan sedikit kusyen di kiri dan kanan. Kusyen di sofa single boleh diletakkan berbentuk diamond (45 darjah) jika suka.

  5. Salam.. Nk tanye mcmne nk ubah keadaan ruang yg sempit seperti ruang tamu n ruang makan sama.. Keadaan ruang tamu ade tangga… Ade pintu ke dapur di tgh2… Slinding door n pintu biase.. Sofa L shape..

    • Ruang sempit boleh diatasi dengan teknik ilusi mata iaitu:
      1)Pasang cermin didinding.Lokasi dinding belakang sofa atau dinding di ruang makan.
      2)Penggunaan warna dinding warna lembut/cerah/pastel. Contoh: white/cream/yellow/light grey
      3) Perabot, elakkan bersaiz besar dan melabur membeli perabot yang pelbagai fungsi. Contoh: bangku ottoman yang ada storage di dalamnya. Meja kopi yang ada storan di bahagian bawah. Meja sisi yang beroda, mudah untuk dialihkan.

  6. ruang tmu kmi ade dua blik brtntangn dgn pntu bsar… mksud sye dua pntu blik trsbut sngt brtntngn dgn pntu utma… sofa plak ade dua sje ia trltak brdkt dgn pntu utama.. almri tv tpat trltak dpn pntu utama n piano brda disisi almri trsbut… sye rse ia msi bnyk yg ksong ruang… n nmpak tk ceria… yg sye mhukn ia nmpk ceria dn sye xrti sngt nk susun frame… blh kh bntu sye bg tips utk sye mngubah nye…

    • 1) Selain dua sofa tersebut, boleh tambahkan kerusi armchair
      2) Ceriakan sofa dengan tambahan kushion, nampak lebih mewah.
      3) Ada dinding kosong berdekatan pintu utama? Boleh letak meja konsol dihiasi bunga lengkap dengan cermin.
      4) Susunan frame boleh lihat post saya di http://hazlamanuar.com/5-langkah-seni-susunan-gambar-di-dinding.html
      5) Ada sudut ruang yang kosong? Boleh letak meja sudut dan di atasnya dihiasai bunga yang tinggi dekornya.

      Selamat berdekorasi

  7. salam en hazlam,
    saya ingin kan idea dekorasi rumah..rumah katagori kos rendah yg ada tangga menghadap pintu..warna sebelum ini adalah hijau apple dimana warna nya di cat secara keseluruhan warna hijau termasuk siling..sofa L dan wall ruang tamu dan ruang makan besebelahan.. boleh bg tips mcm mane nak naik kan ruang tamu. saya teringin letakkan picture wall hijau lumut dan dinding yg lain2 bewarna krim sahaja..tetapi tidak yakin..mohon bantuan dr tuan..terima kasih..

    • Salam kembali Sarah,
      Apabila diwarnakan keseluruhan ruang beserta siling, ia menjadikan ruang gelap dan tenggelam. Untuk menaikkan seri ruang ikuti langkah berikut:
      1) Idea Sarah sesuai .Cat semula warna krim, hijau lumut dijadikan feature wall.
      2) sofa L boleh ditambah kusyen warna hijau dan kuning
      3) Aksesori dekorasi kemasan gold boleh menyerlahkan ruang kerana sepadan dengan warna hijau.

  8. Salam En Hazlam.

    Apakah hiasan yg sesuai untuk ruang tamu bg rumah flat.Perabot apa yg perlu ada supaya ruang tidak terlalu sempit dan kos tidak terlalu mahal.

    • Hiasan perlulah minimal dan jangan berlebihan. Elak warna-warna dalam tona gelap seperti coklat/hitam/merah gelap, menampakkan ruang menjadi sempit. Pilih warna lembut (pastel).
      Perabot yang sesuai untuk ruang sempit:
      1- perabot jenis bersegi
      2- rupabentuk yang ringkas
      3- perabot pelbagai fungsi (meja kopi yang ada ruang penyimpanan)

      Contoh idea ini seperti perabot-perabot IKEA.

    • -Gunakan perabot bersaiz sederhana kecil
      -Perabot yang berjenis narrow
      -Gunakan perabot yang minima dan perlu sahaja
      -Pada kebiasaan rumah perabotnya sofa 3+2+1. Bagi kediaman panjang dan kecil, gunakan variasi perabot seperti sofa 2 sitter + armchair+ ottoman atau bench.
      -Pastikan ruang laluan antara perabot dengan perabot yang lain tidak terlalu sempit.

  9. bagus tips2 yang diberikan…sangat membantu…just nak tnya…bagaimana nak hias ruang tamu + ruang makan yang bentuknya L-shape dan ruangnya yang terhad…ditambah dengan sliding door di bahagian balkoni…jenis perabot yang sesuai…kat mana nak letakkan meja makan…tv…harap dapat Hazlam memberikan sedikit panduan…

    • Terima kasih kerana sudi singgah di teratak blog H.A ini.
      – Meja makan perlu berdekatan dapur untuk mudah menghantar dan mengambil makanan.
      – Ruang tamu sesuai berdekatan balkoni
      – tv boleh diletakkan atas tv cabinet atau jadikan wall tv(digantungkan)
      – perabot sesuai ruang sempit= berbentuk ringkas, moden dan multifungsi.
      – dinding belakang tv boleh dijadikan feature wall (cat/wallpaper)

  10. salam En Hazlam. saya baru buat renovation rumah tapi saya tak pandai dalam dekorasi terutama ruang tamu . rumah saya jenis rumah teres kos sederhana. ruang tamu sya memanjang dan sempit. macammana saya dak menghias ? bagaimana dengan kedudukan / pemilihan perabot dan tv ? sy tak suka hiasan berserabut..

    • -Elakkan perabot besar
      -Elakkan perabot set seperti sofa 3+2+1
      -Elakkan perabot sofa L shape
      – Gunakan perabot sofa 2 sitter bersama single sofa di kiri kanan sofa 2 sitter.
      – Di hadapan sofa letak kabinet tv di antara sofa dan kabinet tv di letakkan meja kopi petak
      – Elakkan meja kopi bulat (memakan ruang)
      – pilih karpet bercorak besar (ilusi ruang nampak besar)
      – letakkan meja sisi sebelah sofa 2 sitter dengan lampu meja.

  11. salam en hazlam…saya akan pindah kerumah baru…rumah saya hanya rumah teres 1 tingkat…ruang tamu memanjang…bagaimana saya nak susun sofa bentuk L dan besar
    warna hijau lumut…padanan yg sesuai dengan sofa dan bahaimaba saya nak susun sofa ni…saya takut ruang akan jadi sempit..tq

    • Salam kembali dan tahniah. Sofa warna hijau sesuai dipadankan dengan warna coklat dan merah.
      Dari segi susunan boleh gabungkan sofa L dengan meja kopi bentuk petak berserta kerusi ottoman dan single sofa. Itu sahaja sudah cukup untuk mengelak ruang menjadi sempit.

  12. slm..ruang tamu sy bersaiz 15×20..ada pintu utama,1 tingkap n sliding door yg besar…maknaya hanya ada satu dinding kosong utk letak set tv n sebelah dinding kosong tu adalah sliding door td n sblhnya lagi adalah gerbang utk ke ruang dapur.mcm mana nk susun sofa 3+2+1 ye?tq

    • Jika tiada dinding untuk kita menyadarkan sofa, letakkan 3+2+1 di tengah-tengah ruang tamu. Maknanya kita boleh melintasi belakang sofa.

  13. Salam, En.Hazlam

    Nak tanya ni… Macam mana nak lindung saluran paip(sebesar lengan) yang ada pada dinding (di atas)di ruang dapur. Untuk pengetahuan tuan,ruang dapur dan tamu bersambung ( rumah flat) Saya berminat nak jadikan dapur dengan konsep terbuka kerana nak mahu sempitkan ruang jika buat tembok penghadang.

  14. saya tggl di flat..rumah sewa..3 blk 2blk air dan balkoni..saya dan suami suka ruang yg luas,saya juga ada membela kucing..perabot yg mcmana yg sesuai utk diwujudkan di rumah krn kucing suka mencakar..buat masa skrg tv dan kabinetnya didlm bilik khas.tiada meja mkn,tiada sofa.mslhnya skrg sy nk decorate rumah.ruang rumah saya kosong. saya malu nk menerima tetamu krn tiada yg istimewa di rumah saya utk ditatap.

    • Saya tiada membela haiwan dan saya tidak tahu bagaimana untuk mengatasinya dengan perabot. Melainkan kucing itu di latih mencakar mainannya sahaja. Puan boleh merujuk majalah dekorasi untuk mendapat idea dan inspirasi. Bagi saya tetamu datang untuk bertanya khabar dan mengeratkan hubungan silaturahim dan kalau mereka bertanyakan kenapa rumah ini kosong, Puan boleh minta pendapat mereka untuk membantu. Mungkin mereka ada tip dan kedai perabot yang boleh mereka rekomenkan.

  15. salam,akak ingin menukar warna cat di ruang tamu ,akak tnggal di rumah teres berkeluasan 20X75,apakah warna yang sesuai krn akak telah memiliki sofa kulit brwarna caklat gelap dan kebanyakkan perabot di ruang trsebut berwarna hitam dan warna kayu.Apakah warna yg sesuai krn akak suka gaya campuran moden n tradisional.

  16. salam En. Hazlam
    nk tnye. cmne nk deko kalau msuk pintu utama tu sliding door rumah ruang tamu memanjang kebelakang hujung skali dpur. tp xdela sempit sgt cume memanjang ckit kebelakang. sy de sofa L shape. de meja makan kerusi 4. tv sy letak kat dinding belah kanan dekat nga sliding door sb belah kiri pintu bilik de 2. elok x kalu sofa tu sy blok kan tengah2 antara ruang tu?? meja mkn sy letak kt ruang yg dekat ngan dapur.

    • 1)Meja makan memang perlu berdekatan dapur. Mudah untuk membawa makanan.
      2)Sofa boleh diblok selagi tidak menganggu laluan daru ruang tamu ke dapur atau ke ruang yang lain.

  17. AsSalam. bagaimana nk deco ruang tamu yang besar (lebih kurang 19l x 14p). perabot sedia ada cuma sofa L-shape dan wardrobe tv. perabot apa yang perlu saya tambah? hiasan apa yang perlu ada?

    • Boleh tambahkan meja kopi, dua meja sisi (bersama lampu meja, single sofa/ two armchair, ottoman, rak buku dan karpet. Hiasan seperti gambar , pasu atau floor lamp. Jika langsir sebelum ini single layer curtain, boleh jadikan two or three layer curtain.

  18. SALAM…rumah saya memanjang ada sofa 3+2+1 dan set TV macamna nak hias bagi nampak kemas dan teratur

    • Salam kembali.
      -Sofa 3 sitter berhadapan set tv. Dan diapit dengan sofa 2 sitter dan sofa single.
      -Sofa 3 sitter di sisinya boleh letak side table dengan table lamp.
      -LEtak meja kopi jenis bersegi (meja kopi bulat, takuti ia memakan ruang)
      – Kemaskannya dengan meletakkan karpet.

  19. salam. minta pandangan bleh? ruangtamu sya bersambung trus dgn dapur tanpa penghadang. di ruangtamu ade sofa3+2+1, almari sudut, almari kabinet n kabinet tv, meja mkn 6 kerusi antara dapur n ruang tamu, tv lekat di dinding, bilik n bilik air bwh pintunya mengadap trus ke ruangtamu. dinding telah dicatka warna hijau muda n dapur masih colour putih. masalahnye kelihatan suram, x ceria n sempit. mcm mane nk membuatkn ia jd lbih menarik… mohon sgt en. hazlam dpt memberikn pandangan n cadangan.

    • Boleh tambahkan warna pada aksesori dekorasi. Seperti kusyen warna jingga pada perabot. Tambah bunga tiruan. Artwork pada dinding.
      Warna hijau yang lain (hijau banyak variasi warnanya), jingga, turquoise, kuning dan pink sesuai dengan warna hijau muda.

  20. Salam…..nak minta idea,boleh x? Hehehe..bilik tidur sempit.tingkap jenis bersegi,macam separa hexsagon.pintu bilik kecik.sebelah kiri selepas pintu,toilet.almari baju 8 kaki lebar,tinggi.almari solek ade 3 drawer terus…x tahu nak susun camner….tolongggg…terima kasih.

    • Inspirasi boleh diambil seperti bilik hotel. Sebelah katil diletakkan almari. Dihadapan katil letakkan meja solek.

  21. Salam,
    Ruang tamu n ruang makan dalam satu ruang yang sama dan selari.Bagaimana cara nak pisahkan ruang antara dua tersebut? Boleh ke saya pakai penghadang ruang untuk pisah kan ruang tamu n ruang makan. Harap dapat membantu. Terima kasih. ๐Ÿ™‚

    • Terdapat pelbagai cara untuk memisahkan ruang. Contoh:
      1) Ada yang gunakan meja konsol
      2) Ada yang memisahkan dengan sofa 2 atau 3 sitter.
      3) Ada yang mengunakan penghadang skrin.

  22. Salam…nk tny,bgmn nk dekorasi ruang tamu yg saiz 17*20 ft empat segi..ibu sy slalu ad mslh utk dekorasi ruang tamu n ibu slalu bertukar2 kedudukan perabot n susunannye….harap dpt membantu…

    • Salam, boleh rujuk majalah dekorasi lokal atau internationl untuk mendapat inspirasi. Tiada masalah kalau selalu bertukar susun atur perabot, yang penting kita rasa selesa dan tidak menyakitkan badan. Lagi satu, secara asasnya ruang tamu mempunyai 3+2+1 sofa, meja kopi ditengahnya, serta meja sisi (serta lampu meja) di sisi sofa dan kabinet tv yang selalu berhadapan 3 sitter sofa. Lampirkan juga karpet

  23. Salam, nk mintak pandangan, jika guna warna biru turkois di living hall, adakah ianya sesuai

    • Tiada masalah. Cuma biar warna dinding itu sesuai dengan warna-warna perabot dan aksesori dirumah.

  24. salam kalau rumah semi-d bagaimana nak susun atur perabot ader pintu sliding sekali dan warna yg sesuai.

  25. salam,
    akak nak minta pendapat. Rumah akak jenis teres 2 tingkat, ruang tamu akak kelihatan tangga ke tingkat atas, hiasan perabot lekapan dinding utk rak tv dan buku, juga bawah tangga menggunakan warna coklat kayu. akak nak cat ruang tamu warna apa yg sesuai?. sofa bentuk L coklat…tq

    • Warna coklat boleh kena dengan semua warna. Apa warna yang Akak suka? Hijau, biru, kuning sebagai pilihan warna dinding.

  26. Salam,mtnk idea lh x,umh sy teres 2 tgkt,Ada sliding door,ruang tmu memanjag,bwh tangga Ada lekapan set tv,leh bg idea bgaimana nk cntk kn ruang tu..sofa 3+1

  27. assalammualaikum..
    saya nak tnya cara dekorasi rumag tamu..
    rumah jenis shop apartment 3 bilik 1 bilik air..
    masalahnya di ruang tamu macamna nak susun ruang tv dan meja makan.
    saya ada kabinet tv, magazine table, meja makan 4seat dan bed sofa bg jimatkan space if ada fam yg nk dtg tdo.
    macamna nak dekorasi utk nmpkkan ruangan ini mewah..
    perlukah tambahan seperti karpet bulu or lighting or perlu letak parttion kat mana utk memisahkan ruangan?
    sbb saya xnak nmpk buka pintu masuk trus nmpk hall..camtu la..
    please tolong saya susun atur..tq

  28. Slm.nk tnya rmh i lowcost dua tgkt.tv ltk bwh tngga.ada sofa l shape bsar kaler coklat bunga.mk tau kaler yg sesuai tok dinding.skarg warna hijauaaple.lg 1 cm ne nk plh future wall kalu dinding dpn ada ruang msk dpur,kiri ada tangga kanan kosg.tq

  29. Xtau nk susun perabot.ruang mkn smbg dgn ruang tmu.sofa l shape,mja mkn 6seater.ruang tamu memnjg

  30. Pintu utama skrg sliding door…plan nk renovate bhgn tingkap yg selari dgn sliding door tu guna pintu kayu..sliding door msh remain kat ctu jg,fungsi jd tingkap bsr…blh ke ada 2 pintu slari?

    • Boleh selagi ia tidak menghalang dan kita boleh memasuki rumah dengan mudah.

  31. Sofa set ruang tamu rumah saya kain baldu warna kuning pekat. Apakah warna sofa throw yang sesuai.

    • Oh, seperti warna yellow mustard. Warna sofa throw atau sofa cushion yang secocok dijadikan pilihan ialah
      1) Olive green
      2) Dark brown
      3) Dark grey
      4) Orange
      5) Blue green

  32. Rumah teres dgn ruang tamu n dining berbentuk L shape..living room guna perabot jati 3+2+1+1 dan dining dijadikan ruang family. Mhn pandngan bagaimana sy nk hias living n ruang family tu ye? Tq en hazlam..

  33. ruang tamu rumah saya panjang , boleh tak diletak pengadang untuk mengasingkan ruang tamu dan menonton .

    • Boleh dan terdapat beberapa jenis pengadang.
      1) Pengadang kekal- Dibuat daripada tiang-tiang kayu.
      2) Pengadang tidak kekal – meja konsol, rak seperti IKEA EXPEDIT, langsir berjurai, pengadang panel yang berlipat itu.

  34. Salam..saya tinggal di apartment 3bilik.ruang tamu saya memanjang, di hujungnya sliding door.terdpt set sofa berwarna coklat gelap 3+2+1, meja kopi kaca, rak tv, display kabinet kaca, meja makan kaca dgn 6 kerusi PU brwrna coklat gelap,meja PC. Jadi plihan warna yg bagaimana sesuai utk ruang tersebut.saya inginkn 2 tona.

    • 1)Hijau dengan krim
      2)Kelabu dengan putih
      3) Light brown dengan kuning

  35. slm En.hazlam..sya nk tnya warna cat apakah yang sesuai untuk ruang tamu rumah kayu?ruang tamu ni bersambung trus dgn dapur dan sempit b’bntuk 4 segi..mempunyai set sofa b’warna maroon dan tidak mpnyai perabot len..( rumah kampung).hrap sudi membantu

    • Seeloknya biar warna orginal kayu. Cuma lindungi kayu dengan cat pelindung kayu (Jotun woodshield) atau syelek untuk berikan kesan baru. Tambahkan warna pada aksesori seperti kusyen, karpet, langsir. Jika mahu warna juga pada dinding pilih warna kuning atau hijau.

  36. salam hazlam, Bagaimana sy nak aturkan perabot di ruang tamu yg memanjang bersambung dgn ruang makan yg sempit. di hujungnya pintu masuk dan ada tgkap 1 panel. Perabot yg ada tv + rak tv, meja kopi, meja makan oval + 6 kerusi dan rak kasut. Perlukah sy tmbah sofa? atau hanya alaskan karpet dan hiaskan dgn kusyen?.

    • -Boleh rujuk majalah Apartmen. Kerana banyak contoh ruang kecil bersambung (ruang tamu + ruang makan).
      -Sofa 2 sitter + single sofa sudah mencukupi. Sertakan kusyen.
      -Boleh sahaja sertakan karpet.

  37. salam…
    mcm mana nk hias ruang tamu yg ada tangga berdekatan ruang tamu, ada sliding door.. kusyen 3+2 seater, ada divider cabinet dan console table..

  38. Salam Encik Hazlam, saya baru saja menukar jubin ruang tamu rumah saya yang berkeluasan 1020sq feet.Masaalah saya ialah apakah warna cat yang bersesuaian untuk ruang tamu yang dapat dipadankan dengan jubin rumah yang berwarna cream.

    • Warna lantai cream, mudah untuk kena semua warna. Pilih warna yang disukai.

  39. ruang tamu sy mmjg ke dapur. di thg2 ruang tamu ada satu lorong ke bilik tidur yg mjdk dinding ruang tamu tbhg 2. Sy jadikan 1 dinding utk meja makan & satu lagi utk tpt mnonton tv. masalahnya sy tidak tahu utk memilih warna 2 dinding ini..perlu sama warna ke lain2 warna.Dinding lorong ke bilik pula warna apa? Perabot kami semuanya tema hitam putih. minta pendapat En. Hazlam…

    • Jika dinding ruang tamu dan ruang makan tiada pemisah. Elok satu warna / satu wallpaper yang boleh jadikan sebagai feature wall.
      Kelabu dan light brown boleh jadi pilihan. Baki dinding lain satu warna. Jadi hanya ada dua warna di semua ruang tersebut.

  40. As salam… sy ingin panduan en.hazlam… sy mmpunyai ruang tamu yg smpit dan memnjng bersama dgn ruang mkn…sbelah pintu utama disebelh kiri ada sliding door sebelah kanan pula ada 2 bilk… mslh sy sudut mane perlu diletkkn tv..

  41. as asalam en hazlam…
    sy br pindah n ada masalah utk menghias ruang tamu jenis memanjang

    1-sofa warna hitam 3,2,1 sederhana besar ….2-meja kopi warna putih sederhana besar .. 3-kerusi buaian bulat warna hitam dan cushion dalam warna merah….boleh en hazlam tlg saya

  42. Salam Tuan Hazlam.
    Saya nak pindah Rumah teres dua tingkat Rumah Kecik ruang tamu memanjang hingga dapur jadi susun atur sofa dan perabot yg sesuai?
    Pemilihan Deco bg menampakkan ruang yg luas?
    Trima kasih tuan

  43. Hai..nk tanya mcm mane nk deko dan atur perabot untuk ruang tamu yg sempit dan memanjang agar nampak elegan dan luas..tq

  44. Saya ingin bertanye kalau saya ingin catkan warna ungu macam warna air ribena tu untuk main wall saya and saya letak tv di main wall saye.warna apa yang sesuai untuk dinding dalam rumah itu.

  45. Salam En Hazlam. Saya ingin bertanya:
    1.Apakah tips untuk membuat pemisah antara ruang tamu dengan
    ruang keluarga/ruang menonton?

    2.Apakah warna yang sesuai untuk langsir sekiranya dipadankan
    dengan sofa yang berwarna maroon dan cream; serta dinding
    yang berwarna kuning cair?

  46. En Hazlam,

    Boleh bagi idea macam mana nk deco ruang tamu yg kecik dimana kat situ ada kerusi 2+1, tv, aquarium, meja kopi yg kecik dan meja makan 6 seater kerana rumah saya tiada ruang makan.

    Ruang tamu ada tingkap kecik.

    Rumah ni saya sewa jd tak boleh nak letak skru tv kt dinding.

  47. Salam… nk tanya… bagaimana nk pisahkan ruang tamu
    dan ruang rehat(ruang asal adalah untuk meja makan).. saya
    ada divider tetapi setelah lama nampak tidak menarik… bolehkah saya letak grill atau kayu penghadang untuk bg menarik ruang saya…

  48. Salam nak Tanya kalau rumah di pasang wallpaper warna kelabu bercorak di belakang sofa dan keseluruhan ruang tamu adakah sesuai wallpaper jenis yang sama di pasang penuh di ruang tamu atau di sebahagian tempat saja saya bercadang untuk pasang di belakang tv tapi tak pasti nak pasang wallpaper corak yang sama atau lebih minimalis..dan apakah warna perabot yang sesuai untuk ruang warna kelabu ..

  49. Salam.nk minta pendapat. Antara ruang tamu ke ruang makan ada lorong. bagaimana utk menghis lorong itu upaya nampak hiduiop. apa yg boleh sy pada dinding tersebut.lorong tersebut lebih kurang 15 kaki.terima kasih.

  50. saya ingin bertanya mengenai ruang tamu. ruang tamu saya besar.. so kami x tau nak menggunakan warna yang sesuai dengan kediaman di ruang tamu.. kami juga nak membuat vendor di ruang tamu tersebut.. so, macam mna nak menggunakan warna yang macam mna ye sesuai?

  51. Sy nk tnya. Skang tv sy bhgian bucu dinding sy nk ubah ke bhgian tgh2 dinging.tp mslhnyer plug tv tu bhgian bucu.slain tgh bhgian mne lg ssuai ltk tv.ruang tamu sy pnjang.

  52. Salam en Hazlam,saya plan nk Alih sofa 3+2 saya ke ruang tamu tan ber TV,Sebab anak2 saya dok melompat2 atas sofa sambil tengok TV.saya Nak Alih ke Ruang tamu x ber TV.mcmna saya Nak penuhkn ruang tu lepas sofa dah dialihkan…xda plan nk beli sofa lain..Senang kata saya nk bust ruang tamu TV Tanpa sofa.tq

  53. Salam Encik Hazlam. Saya ingin mohon pendapat. Saya bercdg utk pasang built in Kabinet TV di ruang tangga. Idea ni sebenarnya untuk mengelakkan habuk Dr tangga jatuh ke tingkat bwh. Yg mana sebelum ni sy letakkan sofa di tepi tangga.( sgt cpt berhabuk, esp kalo menyapu habuk jatuh ke bwh). Jadi kami bercdg utk tutup tepi tangga Dr lantai ke atas dh kemudian buat Kabinet TV. Mohon komen encik untuk idea sy ni. Sesuai tak ye? Terima kasih.

  54. Assalam. en hazlam.Saya ingin bertanya adakah sesuai jika saya membeli perabot sofa L shape untuk ruang tamu yang memanjang bersama dengan ruang makan dan sesuai atau tidak jika saya meletakkan kabinet tv di ruang tamu sebelah pintu masuk utama.

    • Boleh, cuma pastikan sofa L shape dan kabinet tv tidak menghalang laluan atau menyempitkan ruang. Jika sempit.
      Cara atasinya dengan Tv digantung , hanya para bawah tv. L shape boleh diganti three sofa seater.

  55. Salam tuan..kusyen warna kelabu plus hijau pucuk pisang..dinding n rak tv wara coklat…karpet warna apa yang sesuai diletakkan d kusyen

    • Salam kembali, maaf lewat membalas. Jika belum beli lagi.
      Saya sarankan corak yang ada warna hijau dan coklat (contoh corak daun/bunga)

  56. Salam tuan. Rumah saya semiD. ruang tamu betul-betul depan pintu utama sliding door. Lantai saya baru tukar kpd tiles corak kayu coklat gelap. Tv lekat kat dinding warna oren. Ada satu dinding warna hijau lumut muda. Bagaimana saya nak hias rumah saya? Dari segi warna sofa.nak beli sofa bagaimana? Dinding hijau tu nak buat bagaimana? Pening saya. Tolong saya tuan.

Leave a Reply to Hazlam Anuar Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *