Ebook Deko Perabot sudah terbit!
Ebook mengenai dekorasi berkenan perabot sudah dilancarkan! Dengan fokus kepada bagaimana memilih dan membeli perabot yang berkualiti untuk kediaman rumah kita.
Isi kandungan yang terdapat dalam ebook ini ialah:
BAB 1 : Sebelum Membeli Perabot
Perkara-perkara yang perlu kita ketahui sebelum membeli perabot. Jika tidak melakukan perkara ini, kita pasti akan mengalami kerugian dan pelbagai masalah lain yang bakal anda hadapi.
BAB 2 : 10 Kesilapan Apabila Membeli Perabot
Dalam bab ini anda akan didedahkan mengenai sepuluh kesilapan utamayang selalu pembeli lakukan apabila ingin membeli perabot.
BAB 3 : Sofa Pengikat Silaturrahim
Tempat yang penting dalam kediaman adalah ruang tamu. Sebuah tempat untuk keluarga dan tetamu berkumpul dan beramah mesra. Tetapi, kalau sofa tidak selesa pasti hendak berborak pun susah.
Dalam bab ini, anda akan ditunjukkan bagaimana mengenali sofa berkualiti dan bentuk sofa yang sesuai dengan konsep kediaman anda.
BAB 4 : Set Meja Makan
Ruang makan merupakan tempat menjamu tetamu dan merasa masakan enak bersama seisi keluarga.
Oleh itu, pemilihan meja dan kerusi makan perlu dibeli berdasarkan tujuan ruang makan anda. Ingin tahu apa itu mix dining chair ?
BAB 5 : Katil Bahtera Mimpi
Perabot yang paling penting dan utama dalam bilik tidur adalah katil. Pemilihan rekabentuk katil yang betul, adalah pemulaan idea tema dekorasi dalam membuat pembelian perabot yang lain untuk melengkapkannya.
Dalam bab ini juga, dikongsikan bagaimana untuk membeli tilam yang sesuai untuk anda kerana satu pertiga daripada hidup kita dihabiskan dengan tidur. Oleh itu, memilih tilam yang baik amat penting kerana kualiti tidur dan kesihatan kita bergantung padanya.
BAB 6 : Perabot Kayu
Dalam bab ini, terdapat beberapa soalan yang perlu difikirkan sebelum membeli perabot buatan kayu. Selain itu, dikongsikan juga bagaimana mengetahui perabot kayu yang berkualiti.
BAB 7 : Perabot Home Office 10 Langkah
Sudah menjadi trend bekerja dari rumah atau konsep Small Office Home Office (SOHO) di negara-negara maju. Kini, Malaysia adalah sebahagiannya, disebabkan perkembangan pesat ICT kita dan peluang pekerjaan yang boleh dilakukan di rumah.
Bab ini menerangkan sepuluh langkah yang perlu diambil apabila membeli perabot untuk bilik/ tempat anda bekerja di rumah. Kesilapan dalam membeli, mengakibatkan anda bakal mendapat kecederaan dan produktiviti boleh menurun.
BAB 8 : Perabot Outdoor
Ruang balkoni atau ruang laman di kediaman anda, pastikan ia digunakan sepenuhnya. Rugi jika dibiarkan kosong atau tidak dijaga. Bab ini memberikan anda idea memilih perabot outdoor yang betul, kerana perabot outdoor direka untuk kegunaan luar dan tahan lasak kepada cuaca.
BAB 9 : Perabot Kanak-Kanak, Mereka Suka !
Dalam bab ini, membantu ibubapa bagaimana membeli perabot untuk anak-anak. Apa yang penting dalam membuat pembelian perabot untuk kanak-kanak adalah keselamatan.
BAB 10 : Aksesori Dekorasi
Selain perabot, aksesori merupakan pelengkap dan sentuhan terakhir dalam menghiasi kediaman anda. Bab ini menunjukkan tip bagaimana memilih aksesori dekorasi.
BAB 11 : Teknologi Memudahkan Kerja
Menurut statistik AC Nielsen dengan kerjasama Paypal, pada tahun 2010, 1.1 juta rakyat Malaysia berbelanja secara online. Bab ini, akan membantu anda bagaimana ciri-ciri selamat yang terdapat pada website sebelum kita yakin membelinya secara online.
BAB 12 : Inspirasi Tema Dekorasi
Dalam bab ini, menunjukkan cara bagaimana mendapat idea inspirasi untuk dekorasi anda. Supaya mudah untuk membeli perabot yang secocok dengan tema.
BAB 13 : Kenali Jenis Fabrik
Dalam bab ini, anda akan didedahkan aneka jenis fabrik yang terdapat pada perabot dan apa sifat-sifat fabrik tersebut.
BAB 14 : SALE ! Perabot Jualan Murah
Membeli perabot ketika jualan murah bukan mudah, berbanding ketika membeli barangan lain seperti baju. Dalam bab ini, akan diterangkan bagaimana anda boleh mengambil kesempatan ketika jualan murah!
BAB 15 : Perabot Terpakai Masih Dipakai
Perabot yang mengalami kerosakkan atau sudah teruk rupa luarannya masih lagi boleh dibaiki dan dicantikkan.
Dalam bab ini anda akan didedahkan bagaimana untuk menentukan nilai perabot terpakai. Harga yang sesuai dan bagaimana untuk menjualnya.
Tempah ebook ini di DekoPerabot
first time jumpa ebook pasal perabot. hoho.. 🙂
: ) terima kasih, sebab sebelum ini pernah kerja di kedai perabot, itu yang saya kongsikan
Menarik… biasa pakai belasah je beli perabot.
Boleh belasahje beli perabot, tapi takut tidak sesuai dengan dekorasi rumah kita dan perabot yang dibeli mungkin tidak berkualiti