Itinerari 2 hari 1 malam di PyeongChang atau Gangneung yang merupakan dua bandar Olimpik 2018

Ketika musim Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018 (9-25 Februari). Pastinya ramai pelancong asing atau pun kita yang akan pergi menonton atau memberi sokongan kepada wakil negara.

Di sini saya sertakan dua cadangan itinerari 2 hari 1 malam di PyeongChang atau Gangneung yang merupakan dua bandar Olimpik selain Jeongseon.

2H1M di PyeongChang

Cadangan itinerari 2 hari 1 malam di PyeongChang

Hari Pertama:

  • Tiba di Incheon International Airport (menaiki KTX)  ke PyeongChang Station.
  • Tiba di stesen, menaiki PyeongChang Shuttle Bus (Course 2) ke Jeonggangwon (Korea Traditional Food Culture Experience Center).
  • Jeonggangwon ke Lee Hyo Seok Memorial Hall (1 jam)
  • Dari Memorial Hall ke Herbnara Farm (50 minit)
  • Herbnara Farm ke Phoenix Snow Park (1 jam)
  • Tamat hari pertama.
PyeongChang Station
Lee Hyo Seok Cultural Hall
Herbnara Farm
Nama-nama bunga di Herbnara Farm
Bokwang Phoenix Park

Hari kedua:

  • Menuju ke Jinbu Station dan ambil bas Happy 700 PyeongChang City Tour Bus (Course 1).
  • Menuju ke hentian pertama, Hoenggye Transportation Hub.
  • Woljeongsa Temple ke PyeongChang Trout Festival/Daegwallyeong Snow Festival.
  • Kembali ke Jinbu Station untuk ke Yongsan Station (Seoul) dengan KTX.
Woljeongsa Temple

Festival

PyeongChang Trout Festival (22 Dis-25 Feb 2018)

PyeongChang Trout Festival

Festival Pyeongchang Trout berlaku semasa musim sejuk di bandar Jinbu-myeon, daerah Pyeongchang-gun. Pengunjung ke festival ini boleh menikmati pelbagai program termasuk memancing ikantrout atas ais, program salji, program ais, program rakyat, dan banyak lagi.

Terdapat juga permainan tradisional rakyat termasuk sledding dan berputar atas ais, dan pelawat boleh mencuba sukan seperti menunggang ATV roda 4, arung jeram, sleigh trains. Mana-mana trout yang ditangkap ketika memancing ais dan memancing umpan boleh disediakan segera di restoran berdekatan.

Perternakan ikan Trout bermula di Pyeongchang kerana perairannya yang sejuk dan jernih. Trout menawarkan banyak pemakanan dan menawarkan rasa yang hebat dan tekstur apabila disediakan secara mentah.

Daegwallyeong Snow Festival (7 Feb- 22 Feb 2018*)

Daegwallyeong Snow Festival

Pesta Salji Daegwallyeong diadakan di kawasan Hoenggye-ri, yang terletak di Daegwanryeong-myeon, Pyeongchang-gun, Gangwon-do. Perayaan ini bermula dengan paparan bunga api, diikuti dengan pelbagai program seperti pertandingan nyanyian, pertandingan maraton antarabangsa, pertandingan nyanyian untuk keluarga pelbagai budaya, pertandingan memanjat, pertandingan seni salji, acara sastera salji, dan sebagainya.

Tempat: Kawasan Pyeongchang Hoenggye-ri.

Program utama:  Pertandingan ukiran salji/sledding/Bobsleigh-riding

*Tertakluk kepada perubahan

2H1M di Gangneung

Gyeongpo Cherry Blossom Festival
Cadangan itinerari 2 hari 1 malam di Gangneung

Hari Pertama:

  • Tiba di Incheon International Airport menuju ke Gangneung Station.
  • Tiba di Gangneung Station, menaiki Gangneung Tour Shuttle (Course 1).
  • Menuju ke Ojukheon House & Municipal Museum
  • Ojukheon House & Municipal Museum ke Gyeongpo Beach (25 minit)
  • Gyeongpo Beach ke Anmok Coffee Street (1 jam)
  • Jumunjin Seafood Market
  • Tamat hari pertama
Gangneung Station
Ojukheon House
Ojukheon House
Anmok Coffee Street
Jumunjin Seafood Market
Jumunjin Fish Market
Baca: Gangneung Coffee Festival

Hari Kedua:

  • Dengan Gangneung Tour Shuttle (Course 2) ke Tongil Park (Unification Park)
  • Dari Tongil Park ke Hassla Art World (13 minit)
  • Haslla Art World ke Hourglass Park. (12 minit). Berdekatan Hourglass Park, terdapat resort berbentuk kapal di atas bukit.
  • Hourglass Park juga terdapat Jeongdongjin Rail Bike.
  • Menuju ke Olympic Park. (Lokasi acara sukan ais Olimpik PyeongChang 2018)
  • Gangneung Station ke Yongsan Station (Seoul)
Haslla Art World di Gangneung
Jeongdongjin Railbike
Jeongdongjin Rail Bike

Pautan web: letskorail.com , PyeongChangTouristInformation , GangneungTouristInformation

Kredit foto: Wow!2018 PyeongChang, visitkorea pyeongchang2018_kr

=====

Dibawakan oleh  Hazlam Anuar. Official Wow! PyeongChang! Malaysia Supporters

Hazlam Anuar

Penulis, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan ' Miss Princess Hanbok (2022)', 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?

2 Comments

  1. Salam,boleh beri cadangan mcm mana nak ke jumunjin breakwater Dari stesen ktx gangneung? Thanks

    • Salam. saya pernah pergi secara tour. Kalau dari KTX berdasarkan carian:
      1) Naik bas no.300 (Dongjin) ambil masa 1 jam dan akan berhenti berhampiran Gangwon State University. Selepas itu perlu mencelah-celah bangunan untuk ke pantai. Ini linknya http://naver.me/FTVGjxlZ

      2) Cara ini dari bus station. Jumunjin Breakwater: Take a bus from Seoul Express Bus Terminal to Gangneung Express Bus Terminal > Walk approx. 50m to Gangneung Bus Terminal Bus Stop > Take Bus No. 101 (Haksan.Eodan) and get off at Yonggang-dong Western City Hall Bus Stop > Transfer to Bus No. 300 (Gongdan.Hyangho-ri) and get off at Samcheon-ri A Bus Stop > Walk approx. 10min to Yeongjin Beach.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *