TWICE di Switzerland
TWICE pada (10/4-17/4/2017) pergi bercuti ke Switzerland. Boleh lihat aktiviti-aktiviti travel (TWICE TV5 sebanyak 24 episod) mereka di V LIVE. Percutian mereka kali ini tidak lengkap kerana ketua mereka Jihyo sedang berehat dari pemulihan kakinya.
Sebagai ONCE ( nama fan TWICE), H.A teingin pergi ke Switzerland satu hari nanti, doakan. Mungkin secara solo atau keluarga atau dengan rakan. Artikel ini dihasilkan sebagai rujukan H.A satu hari nanti dan bagi pembaca-pembaca blog atau ONCE yang ingin melancong ke Switzerland cara TWICE. Boleh juga jadikan ini sebagai salah satu rujukan itinerari. Jom!
Hari 1 (Isnin- 10/4/2017)
- TWICE tiba petang di Zürich Airport, Switzerland. Kalau kita dari Kuala Lumpur International Airport (KUL) ke Zurich-Kloten Airport (ZRH) perlu transit satu kali.
- TWICE dari airport ke Bern menaiki bas (perjalanan mengambil masa 2 jam).
- Train Zürich Airport > Bern (dalam 1 jam 20+).
- Tiba di Bern, mereka menginap di hotel lima bintang, Hotel Bellevue Palace (RM1700/ semalam).
- Nota:Kalau travel secara bajet, kita boleh memilih hostel/dorm. Anggaran harga RM180-RM470 semalam.
Hari 2 (Selasa- 11/4/2017)
BERN
- Sarapan dan check out.
- Pagi pertama di Bern, mereka mempunyai misi berbelanja 10 Swiss Franc (RM45.20) dan ada menerima duit 100 Franc (RM452) secara rahsia daripada staf. Mereka menuju ke pasar pagi dan street market. Pelbagai jenis barangan dan makanan yang dijual seperti bunga, buah-buahan, souvenir, pakaian dan lain-lain.
- Mereka kemudian melalui deretan kedai dan membeli aiskrim dan coklat. Di pasar, ke semua mereka ingin membeli souvenir untuk Jihyo. Salah seorang ahli, iaitu Dahyun (membeli katak yang memegang bendera Swiss; 50 Franc=RM226)
- Menara Jam Zytglogge yang berusia 800 tahun. Boleh memasuki menara jam dan naik ke platfom pemerhati dengan dapat melihat landskap menarik bandar Bern (CHF 15= RM67). Mereka turut melakukan persembahan tarian ‘Knock, Knock.’
- Bergerak menuju ke Münsterplattform yang mempunyai pemandangan yang menarik.
- Perjalanan seterusnya ke Berner Munster Cathedral (gereja terbesar di Switzerland). Mereka mengadakan kuiz dan melakukan persembahan tarian lagu ‘Knock, Knock’ di depan gereja.
- Makan tengah hari di Kornhauskeller. Restoran mewah yang popular di Bern dengan senibina Baroque . Sempat bermain Mafia games (permainan kegemaran TWICE).
- Selesai makan tengah hari, mereka menaiki dua kali trams menuju ke Rosengarten (Bern Rose Garden). Taman yang mempunyai pemandangan bandar Bern. Mereka bermain permainan dan kuiz sekali lagi.
- Selesai di Bern Rose Garden (Rosengarten), mereka menuju ke bandar Montreux.
- Sumber : Bern
- Nota: Terdapat 8 lokasi masjid. Sumber: salatomatic.com
- Nota: Terdapat 24 restoran halal. Sumber: zabihah.com
BERN > MONTREUX
- Train Bern ke Montreux ( 1 jam 30+ minit).
- Kelihatan mereka parking bas di stesen Chexbres Village dan berjalan menuju ke tempat makan.
- Makan malam di Le Baron Tavernier (Le Deck). Restoran lereng bukit yang mempunyai permandangan indah Tasik Lac Leman.
- Dari restoran, mereka menuju ke hotel Eurotel Montreux (RM800-RM1500/semalam).
- Nota: Penginapan bajet sekitar bandar Montreux (RM180-RM500/semalam)
Hari 3 (Rabu- 12/4/2017)
- Pagi kedua di Montreux. Checkout dan menuju ke Chaplin’s World. Di sini terdapat muzium, bilik tayangan, kedai souvenir. Harga tiket dewasa 24 CHF (RM108)
- Persembahan tarian ‘Knock, Knock’ dan kuiz turut diadakan di sini.
- Sumber: Chaplin’s World
- Dari Chaplin’s World ke Laderach chocolatier suisse di Vevey.
- Kedai coklat Laederach. Nayeon yang sukakan coklat paling teruja! TWICE turut melakukan aktiviti menghasilkan coklat bar (Tofu dan Mina menang) selain membeli-belah coklat.
- Sumber: Laederach
- Dari Kilang/ kedai coklat. Mereka menuju ke Chillon Castle.
- Chateau de Chillon yang terletak di Veytaux. Harga tiket bagi dewasa 12.50 CHF (RM56)
- Sumber: Chillon
- Selesai melihat sekitar istana. Mereka berjalan keluar beberapa meter di lokasi berhampiran untuk berpiknik.
- Selesai berpiknik, mereka kembali ke bandar dan menuju ke Freddie Mercury’s statue. Freddie Mercury merupakan seorang vokalis kumpulan rock lagenda, Queen.
- Membeli kudapan di pasaraya Denner yang berada di dalam bangunan berdekatan patung Freddie Mercury. Kerana perjalanan seterusnya mengambil masa 2 jam dan sekitar tempat penginapan di Mürren tiada gerai.
- Nota: Restoran halal di Restaurant Aladin, Rue du Lac 8, 1800 Vevey, Switzerland dan Minute Kebab Montreux di Avenue des Alpes 10, 1820 Montreux, Switzerland.
MONTREUX > MURREN
- Montreux ke Mürren mengambil masa 2 jam lebih.
- Train Montreux ke Lauterbrunnen ( 2 jam 40+ minit).
- Tiba di Stechelberg dan menaiki cable car (Schilthorn Cableway) menuju ke Mürren. CHF 82.20 (RM371)
- Ke penginapan di Hotel Edelweiss Mürren (RM650-2000/semalam).
- Nota: Penginapan bajet berada di luar perkampungan Mürren (RM160-RM700/semalam)
Hari 4 (Khamis – 13/4/2017)
- Pagi. Meriah dengan drama SAIDA (Sana dan Dahyun). TWICE menaiki cable car dari Mürren > Birg > Schilthorn yang berketinggian 2970m aras laut. Merupakan lokasi popular filem 007 James Bond: On Her Majesty’s Secret Service (1969).
- Melakukan persembahan ‘Knock, Knock’ di ketinggian 2970 meter!
- Makan di restoran berputar 360° Restaurant Piz Gloria dengan menu 007 Brunch. Turut mempunyai kedai souvenir yang menjual pisau lipat pelbagai guna yang popular (Swiss Army Knifes).
- Dengan cable car, kembali menuju ke Stesen Birg. Aktiviti popular di Birg seperti SKYLINE WALK dan Thrill Walk. Dahyun merupakan ahli yang paling penakut. Kesian Tofu.
- Sumber: Schilthorn
Hari 5 (Jumaat – 14/4/2017)
MURREN > LUCERNE
- Sarapan di hotel (sempat bermain games) dan check out.
- Perjalanan mengambil masa 1 jam lebih dengan bas.
- Train Lauterbrunnen ke Luzern (2 jam 20+ minit).
- Ke jeti Luzern Bahnhofquai di Lucerne untuk menaiki Lake Lucerne Boat Trip ( Rujukan pakej ). Melihat panorama sekitar tasik selama sejam dengan turut disediakan makanan. Mereka lunch di atas bot.
- Dahyun dan Tyuzu (TO-TZU) menjadi tour guide dengan berpakaian tradisional Swiss.
- Sumber : Lakelucerne
- Tiba di Vitznau untuk menaiki cogwheel railway (train) menuju ke Gunung Rigi. Mengambil masa 30 minit. Berhenti di stesen Rigi Staffel.
- Sumber: Rigi
- Dari tempat perhentian, mereka menuju ke suatu tempat untuk mencuba alat muzik tradisional Switzerland ‘Alphorn’.
- Selepas itu, BBQ dinner serta ada kimchi (mungkin dari staf TWICE) di restoran BärgGnuss yang berada atas gunung berhampiran stesen Rigi Staffel.
- TWICE menginap dua malam di hotel Campus Hotel Hertenstein, Weggis. (RM900-RM3000/semalam)
- Nota: Bagi yang travel bajet, boleh menginap di bandar Lucerne terus. Penginapan dalam RM280-RM2000/dua malam.
Hari 6 (Sabtu – 15/4/2017)
RIGI > LUCERNE
- City Tour di Lucerne. TWICE tour bermula dengan melawat Lion Monument.
- Pergi ke The Glacier Garden yang berada berhampiran dan turut memasuki Mirror Maze yang dibina dengan 90 cermin pada tahun 1896 yang sungguh memeningkan dan boleh sesat!
- Sumber : Gletschergarten
- Mereka makan tengah hari di Jeff’s Burger.
- Kemudian , bersiar dan membeli-belah saat akhir sekitar bandar Luzern, melawat gereja dan Chapel Bridge (jambatan kayu tertua di Eropah).
- Mereka kembali ke Campus Hotel Hertenstein bagi menyiapkan album foto diari kembara mereka dan membaca diari yang mereka tulis bersama selama di Switzerland.
- Terdapat kedai souvenir Swiss yang berdekatan di Luzern . Casagrande
- Di bulan April terdapat Lucerne Festival
- Nota: Terdapat restoran halal iaitu Tassnim Orient, Tibits, Mega Pizza Kebab, Mirch Masala dan Erdem Kebab.
- Tempat solat: Verein Nur al Huda
- Sumber: halalplaces.org , havehalalwilltravel.com
Hari 7 (Ahad – 16/4/2017)
- Tiada video, tetapi menganggap mereka kembali ke Korea Selatan pada esoknya. Kita pula boleh pulang ke Malaysia atau boleh sambung travel ke negara Korea pula. 🙂
- Train Luzern ke Zurich Airport (1 jam 3+ minit).
Anggaran kos individu seminggu
- Kapal terbang: RM2500- RM3500 (return)
- Tempat tinggal: RM1000 untuk lima malam (Booking.com)
- Pengangkutan: RM1000 (Swiss Travel Pass)
- Makanan: RM700 (anggaran makan tujuh hari)
- Pelbagai (Entrance & Souvenir) : RM1000
- JUMLAH : RM 6500- RM7000
Maklumat tambahan
- Ibu negara: Bern
- Mata wang: Swiss Franc (CHF) 1 = RM4.52 (July 2017)
- Perbezaan waktu : Malaysia 8 jam awal.
- Plug jenis: Swiss hexagonal three pin plug/ European hexagonal two pin plug.
- Popular dengan: Coklat, jam , Banjaran Alps, keju, bank, Red Cross, Swiss Army Knifes, ski dan train/trams.
- Bahasa: German, Perancis, Itali dan Romansh.
- Waktu solat Swiss rujuk: islamicfinder.org
- Tourist Information (map / info etc)
- Swiss Travel Pass. 216-412 CHF (RM974-1900)
Wahh tempat menarik.. One day nak gi sini
Memang menarik dengan view yang cantik.