IZ*ONE Eating Trip Season 1 – Filming Locations in Sokcho

IZ*ONE Eating Trip merupakan rancangan variety trip pertama mereka dengan tema ‘Eat , See and Travel’ yang diterbitkan oleh U+ Live ORIGINAL.

Boleh ditonton sebanyak 10 episod di Youtube dengan sarikata bahasa Inggeris dan juga terdapat beberapa episod BTS (behind the scene).

Di mana Sokcho ini?

Sokcho located at Gangwon province

Sokcho merupakan sebuah bandar yang terletak di timur laut wilayah Gangwon-do. Mengambil masa dua jam ke tiga jam dengan mengunakan pengangkutan bas (Seoul Express Bus Terminal).

Disertakan lokasi-lokasi dan maklumat ringkas dua hari satu malam IZ*ONE di Sokcho.

HARI PERTAMA

Lokasi Pertama – Oeongchi Bada Hyanggi-ro Trail

Merupakan famous coastal walk di Sokcho- Oeongchi Bada Hyanggi-ro Trail turut digelar sebagai “trail of the sea’s aroma.” Jaraknya bersamaan dengan 1 jam 30 berjalan kaki.

Lokasi laluan ini dibina di sekitar Lotte Resort Sokcho.

Lokasi Kedua – Deungdae Beach

Disini mereka dibahagikan kepada empat pasukan dan bermain untuk mendapat makanan dan pasukan yang kalah tidak dapat menikmati Ketam Salji (hidangan specialty Sokcho).

  • Pasukan biru – Nako , Minju, Yujin (Blue Wary Crab)
  • Pasukan kuning – Yena, Yuri, Chaeyeon (We Like Wary Crab)
  • Pasukan merah jambu – Sakura, Hyewon, Wonyoung (We’ve Gotta Eat)
  • Pasukan hijau – Eunbi, Chaewon, Hitomi (We Wanna Eat Wary Crab)

Lokasi Ketiga – Star Crab Restaurant

Mereka singgah di Star Crab restoran berdekatan yang mempunyai menu utama Ketam Salji. Kalau pergi dengan rakan=rakan boleh kongsi duit makan. Kalau solo backpacker seperti saya fuh pasti perlu bajet besar RM150~ 300+.

  • Alamat: 9 Jangsahanghaean-gil, Jangsa-dong, Sokcho-si, Gangwon-do, South Korea
  • Masa operasi: 10am~10pm
  • Harga: Ketam Salji mengikut harga pasaran ( 100,000won ++ per kg). Makanan lain bermula 40,000won

Lokasi Keempat – Snack Time!

Selepas itu, mereka dibahagikan kepada tiga pasukan untuk mencuba pelbagai makanan di Sokcho.

  • Yuri , Chaewon, Hitomi, Hyewon ( Dakgangjeong dan roti sotong)
  • Nako, Minju, Sakura, Wonyoung (Abai Sundae)
  • Yujin, Eunbi, Yena, Chaeyeon ( gelato kentang dan roti)

Lokasi 4.1 – Abai Sundae

Dancheon Restaurant credit photo by Keyseok Choe

Dancheon Restaurant terletak di Abai Village. Abai bermaksud ‘datuk’ dalam bahasa Hamgyeongdo ( merupakan pelarian yang melarikan diri mengikut askar Korea Selatan ketika pengunduran 1.4 semasa Perang Korea. Disebabkan tidak dapat pulang, mereka mendirikan penempatan di sini). Turut menjadi lokasi pengambaran ‘Autumn in My Heart’ dan ‘2 Days 1 Night’.

Abai Sundae (blood sausage) merupakan usus babi yang disumbat dengan pelbagai bahan seperti sayuran, pulut dan bahan mentah lain. Restoran ini turut popular dengan *Ojingeo Sundae ( sotong yang disumbat dengan pulut, lobak merah dan putih, bawang, bijan dan bahan mentah lain. Menu lain seperti Pollack Sashimi Cold Noodle , Abai Sundae Soup.

* Kalau bahan sumbatan sayuran dan makanan laut, saya pasti pilih ini.

  • Alamat: 17 Abai Village, Sokcho-si, Gangwon-do.
  • Masa operasi: 8:30am ~ 20:30pm
  • Harga menu: 5,000won ~ 24,000won

Lokasi 4.2 – Latoraeyo dan Ham’s Bakery

  • Alamat Ham’s Bakery: Expo Road 1st Street 35, Sokcho-si, Gangwon-do
  • Masa operasi: 7:00am ~ 22:00pm (tutup Rabu)

Lokasi 4.3 – Sokcho Central Market

Sokcho Central Market ( Sokcho Tourist & Fishery Market) atau Jungang Market (nama lama) menjual pelbagai makanan laut, makanan bergoreng, buah-buahan, produk pertanian dan pelbagai produk lain. Pasar ini terkenal dengan dakgangjeong (sweet and sour fried chicken).

Mereka mencuba Tanghulu (candied strawberries), Dakgangjeong (Manseok Spicy Fried Chicken) dan Calamari Bread.

Lokasi Kelima – Bogwang Mini Golf

Lokasi Keenam – Moonwoodang Bookstore

Moonwoodang Bookstore merupakan kedai buku ikonik di Sokcho dengan sejarah 36 tahun.

Menarik aktiviti di sini, mereka perlu mencari buku dan buku-buku tersebut akan dihadiahkan kepada WIZ*ONE. Sebagai seorang penulis dan peminat buku, saya cemburu.

Lokasi Ketujuh – Sokcho Nonghyup Hanaro Mart

Sokcho Nonghyup Hanaro Mart – screenshot from Naver Map

Di pasaraya ini mereka dibahagikan kumpulan secara duo. Setiap duo perlu memilih bahan-bahan untuk menghasilkan tteokbokki (stir-fried rice cakes).

  • Alamat: 4202, Donghae-daero, Sokcho-si, Gangwon-do, South Korea
  • Website: http://sokchonh.kr/ (Korean)

Lokasi Kelapan – Kensington Resort Seorak Valley

Kensington Resort Seorak Valley merupakan tempat penginapan mereka di Sokcho. Resort yang bertemakan Eropah di banjaran Alps.

Beberapa sedutan interior lobby , lounge, restoran di Kensington Resort.

IZ*ONE menginap jenis rumah bernama Noblian Lucerne ( 3 bilik tidur +2 bilik air). Sesuai jika trip ramai dengan kos 960,000won + (RM3500+) untuk sepuluh orang ketika artikel ini ditulis. Rujukan Booking dot com.

HARI KEDUA

Lokasi Kesembilan – Sokcho Museum & Displaced Civilians Folk Village

Selain mempamerkan sejarah dan budaya Sokcho, muzium ini turut mempamerkan sejarah Balhae, Princess Jeonghyo of Balhae, ancient tomb.Di luar muzium ini terdapat Folk Village, yang memperkenalkan pelbagai jenis replika rumah traditional Korea, replika rumah dari Korean drama ‘Autum in My Heart.

IZ*ONE melakukan aktiviti misi mencari puzzle tersorok (gambar photoshoot album mereka) dengan terdapat alamat restoran (jamuan terakhir trip ini) di sekitar Folk Village.

  • Alamat: 16 Sinheung 2(i)-gil, Sokcho-si, Gangwon-do, South Korea
  • Masa operasi: 9:00 ~ 17:00
  • Tiket: Dewasa 2,000won , remaja 1,500won , Kanak-kanak 700won
  • Website: https://www.sokchomuse.go.kr/ (English)

Lokasi Kesepuluh – Seaside Garden

Seaside Garden
Seaside Garden screenshot – Naver Map

Lokasi terakhir mereka di lokasi terkenal di Sokcho iaitu Seaside Garden. Mempunyai menu seperti piza, pasta, salad, risotto. Juga terdapat kafe dan zon foto.

Tempat ini sesuai dijadikan destinasi terakhir atau penamat trip kerana turut mempunyai kedai yang menjual cenderamata dan produk laut Sokcho-Goseong specialties.

  • Alamat: 23, Beorikkae-gil,Toseong-myeon, Goseong-gun, Gangwon-do, South Korea
  • Masa operasi: 10:00 ~ 22:00
  • Harga: 4,500won ~39,000won
  • Website: https://www.seasidegarden.co.kr/ (Korean)

PETA SEMUA LOKASI

RUJUKAN

Hazlam Anuar

Penulis Blinkbook, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?'

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *