Klien kali ini merupakan rakan waktu sekolah rendah dan menengah. Beliau memilih Pakej RM300 (4 idea proposal logo, 3-4 kali perubahan dengan format Jpeg, Png dan pdf. ). Softcopy tidak diberikan.
Nama logo ialah IZZY DENDENG. Beliau mahukan konsep Korean stamp seal dengan punyai elemen sudu dan grafu.
RESEARCH
Saya membuat kajian dengan menaip keyword yang berkaitan seperti:
- Korean seal
- Korean stamp
- Korean seal stamp
- Korean food package
- Korean food logo
FONT
Mereka logo ini bahagian yang paling sukar dan juga saya sukai adalah memilih jenis/bentuk tulisan yang sesuai dengan tema.
FIRST DRAFT
Empat proposal logo dicadangkan. Klien suka D1 dan mahu sudu dan garfu dibuang. Digantikan dengan elemen sesuatu yang tradisional seperti bawang/daun/cili/lesung.
SECOND DRAFT
Bentuk bulat difokuskan. Dibezakan dengan tanpa atau ada border putih (ada border tambahan ini sesuai dan selamat kalau dijadikan sticker).
Saya membuat kajian tentang dendeng dan mendapati ia mempunyai bahan seperti bawang besar, bawang kecil, cili, halia, serai dan rempah ratus. Jadi saya masukan elemen dalam bentuk lukisan. Kiranya nampak natural dan tidak keras kalau guna elemen bentuk grafik/flat color.
Klien memilih DC dan mahukan tulisan warna kuning dengan border warna hijau (rajah diberikan klien).
THIRD DRAFT
Saya sebagai designer lebih suka tulisan tanpa border. Tetapi ini dinginkan klien (kerana bisnes mereka dan suka tulisan ber-border). Klien memilih DC3. Saya membaiki tona warna kuning supaya menjadi lebih terang.
FINAL
Siap! Logo yang diinginkan oleh klien. Mengambil masa dalam 4 hari.
NOTA: Berminat untuk mereka logo sendiri? Mohon mesej saya di sosial media atau email alamdesign (at) gmail.com