Pengenalan
ASEAN (Association of Southeast Asian Nations). Merupakan gabungan 10 anggota negara Asia Tenggara iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, Kemboja, Laos, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam.
Matlamat (ringkasan)
- Mempercepat pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial dan pembangunan budaya serantau.
- Mempromosikan keamanan dan kestabilan serantau.
- Mempromosikan kolaborasi aktif dan saling membantu dalam bidang ekonomi, sosial, budaya, teknikal, saintifik dan pentadbiran.
- Memberi bantuan dalam bentuk kemudahan latihan, kajian dan penyelidikan dalam bidang pendidikan, profesional, teknikal dan pentadbiran.
- Mengekalkan kerjasama yang erat dan bermanfaat dengan organisasi antarabangsa dan serantau.
Website: https://asean.org/
ROK- ASEAN
Republic of Korea (ROK) telah mengikat hubungan dengan ASEAN sejak tahun 1989 sebagai rakan dialog sektoral.
ASEAN adalah rakan dagang kedua terbesar untuk Korea Selatan, sementara Korea Selatan berada di kedudukan kelima di antara rakan dagang ASEAN.
ASEAN-Korea Cooperation Fund yang ditubuhkan pada tahun 1990 dengan dibiayai kerajaan Korea untuk tujuan menjalankan pelbagai projek dan aktiviti dalam bidang kerjasama pembangunan, pemindahan teknologi, pengembangan sumber manusia, pertukaran orang ke orang, dan pertukaran intelektual dan budaya melalui kesepakatan antara Korea dan ASEAN.
Dana Kerjasama ASEAN-ROK ini telah diakui telah meningkatkan hubungan kerjasama antara kedua-dua belah pihak dan juga pengembangan yang lebih maju dalam negara-negara ASEAN.
Website: http://www.aseanrokfund.com/
Misi Korea ke ASEAN
Misi Korea ke ASEAN ditubuhkan di Jakarta, pada Oktober 2012. Bertujuan untuk memperkuat hubungan ASEAN-Korea yang merangkumi politik, ekonomi dan sosio-budaya.
Pada tahun 2015. Pelan Tindakan ASEAN-Korea untuk Melaksanakan Deklarasi Bersama mengenai Kerjasama Strategik untuk Keamanan dan Kesejahteraan (2016-2020).
Dokumen PDF di : https://www.aseanrokfund.com/resources > ASEAN-ROK Plan of Action 2016-2020.
Antara contoh misi/aktiviti Korea – ASEAN
- Menyumbang USD500,000 kepada ASEAN dalam menyokong usahanya untuk mempermudah pemulangan pengembalian yang disahkan di Negeri Rakhine, Myanmar.
- [HEAT – Higher Education for ASEAN Talents] Peluang Biasiswa di Republik Korea untuk warganegara ASEAN. Peluang biasiswa penuh kepada anggota ASEAN untuk menyokong pemerolehan ijazah kedoktoran di Korea. Biasiswa ini bertujuan untuk mempromosikan pertukaran orang-ke-orang antara ASEAN dan Korea, dan merangkumi pengajian, kehidupan perbelanjaan, dan lain-lain kos selama tiga tahun.
- Penubuhan Korea Start-up Centre di Singapura pada tahun 2020. Ia akan menjadi landasan bagi ROK Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk berhubung dengan ekosistem start-up dan inovasi Singapura, dan membolehkan PKS Singapura memanfaatkan center untuk meneroka peluang perkongsian dengan syarikat ROK.
Website: http://overseas.mofa.go.kr/asean-en/index.do , https://www.facebook.com/rokasean2012
2019 ASEAN- Republic of Korea Commemorative Summit
Persidangan ini wujud sejak tahun 2009 dengan membincangkan perkembangan hubungan antara Korea dan negara-negara di rantau ASEAN.
Meneliti arah masa depan demi kemajuan bersama. Menyumbang mengatasi perbezaan ekonomi, sosial dan budaya serantau. Turut membincangkan kaedah untuk mengatasi masalah global yang dihadapi oleh masyarakat antarabangsa, seperti krisis kewangan dan perubahan iklim dunia.
Tahun lepas meraikan ulangtahun yang ke-30 Penubuhan Dialog ASEAN-ROK.
Beberapa memorandum of understanding (MOU) telah diadakan antara Korea dan ASEAN antaranya:
- Malaysia. Kerjasama dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), kerajaan digital, kesihatan dan sains perubatan, serta pengurusan air dan pembetungan.
- Indonesia. Kerjasama Teknikal mengenai Penempatan Semula dan Pembangunan Ibu Kota (perancangan dan reka bentuk bandar serta kerja-kerja awam dan pembangunan perumahan). Pengisytiharan penyelesaian rundingan Comprehensive Economic Partnership Agreement (CEPA) Indonesia-Korea dan perjanjian bebas visa untuk pasport diplomatik dan rasmi.
- Brunei. Kerjasama dalam ICT, e-kerajaan dan bandar pintar.
- Singapura. Kerjasama dalam bidang Standardisasi, Metrologi, Penilaian Kesesuaian dan Peraturan Teknikal.
- Filipina. Membuka pasarannya untuk bahagian automotif, farmasi dan produk petrokimia terpilih. Korea akan membuka pasarannya ke sejumlah barang yang dihasilkan di Filipina, termasuk pakaian dan beg udara mobil. Kerjasama dalam bidang perlancongan.
- Thailand. Sains, Teknologi dan Inovasi. Kerjasama pelaburan dalam Thailand’s Eastern Economic Corridor (EEC) dan pertukaran maklumat pekerja.
- Laos. Bekerjasama dalam pembangunan sistem maklumat pengurusan pelabuhan.
- Myanmar. Kerjasama dalam perikanan; latihan teknikal dan vokasional; persekitaran; dan pembangunan ekonomi digital, pendidikan tinggi, dan bandar pintar.
- Kemboja. Pertukaran teknikal dan kerjasama dalam bidang pertanian dan memajukan kerjasama dalam memperkukuhkan infrastruktur kewangan
- Vietnam. Meningkatkan operasi Vietnam Development Bank. Meningkatkan kerjasama dan sokongan antara syarikat untuk syarikat. Meningkatkan kerjasama dalam melatih pelaut, dan di bidang lain yang berkaitan dengan kapal dan urusan maritim.
Dokumen PDF di : https://asean.org/co-chairs-statement-2019-asean-republic-korea-commemorative-summit/
Artikel berkaitan: http://hazlamanuar.com/asean-rok-commemorative-summit-2019-di-busan-meraikan-ulangtahun-ke-30-penubuhannya.html
New Southern Policy
Dicadangkan oleh Presiden Korea Moon Jae-in dalam ucapannya di Korea-Indonesia Business Forum di Jakarta pada 9 November 2017.
New Southern Policy (NSP) polisi yang akan meningkatkan hubungan antara ASEAN dan ROK ke tahap yang baru dengan empat kuasa besar di sekitar Semenanjung Korea ( Amerika Syarikat, China, Jepun dan Rusia). Dasar dengan adaptasi pendekatan ‘3P’ iaitu “People, Prosperity, and Peace.”
Website: http://www.nsp.go.kr/eng/main.do
Sumber: http://www.korea.net/NewsFocus/policies/view?articleId=151092 , http://english.busan.go.kr/aseanrok03
====
Website / Rujukan : https://www.aseankorea.org/eng , http://overseas.mofa.go.kr/