Laluan kereta api terus ke bandar-bandar Olimpik dengan KTX (Korea Train eXpress)

Baru-baru ini, kereta api laju KTX ( Korea Train eXpress) telah membuka laluan baru iaitu dari Seoul ke Gangneung. Laluan baru ini menghubungkan Incheon International Airport (ICN) ke lokasi-lokasi tempat Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018 berlangsung. Jarak perjalanan mengambil masa kurang dua jam berbanding enam jam dengan Mugunghwa Train atau tiga jam dengan kereta api lain.

Rail transportation plan ( Olympic session)

Info menarik:

  • Gyeonggangseon Wonju-Gangneung line sepanjang 120.7km dan mengambil masa 1 tahun 7 bulan untuk dibina.
  • 34 terowong dan 53 jambatan baru dibina. Salah satu terowong, Daegwallyeong tunnel di PyeongChang merupakan terowong terpanjang di Korea dengan jarak 21.7km.
  • Kelajuan maksimum KTX adalah 250km/jam antara ICN-Gangneung (275km). Ini mengurangkan 5 jam perjalanan dengan mengunakan servis Mugunghwa Train.

Tambang KTX (Gyeonggangseon Wonju- Gangneung Line)

 

Baca: Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018. Bagaimana mahu ke sana?

 

4 Stesen baharu di bandar Olimpik

Dunnae Station

Dunnae Station

  • Japogok-ri, Dunnae-myeon, Hoengseong-gun, Gangwon-do.
  • Berdekatan dengan Welli Hilli Resort dan juga Phoenix Snow Park (jauh) dan bandar BBQ bagi Hanwoo/Hanu (daging lembu Korean).

Jinbu (Odaeson) Station

Jinbu (Odaeson) Station

  • Terletak di Songjeong-ri, Jinbu-myeon, PyeongChang-gun, Gangwon-do.
  • 10-20 minit perjalanan ke Alpensia Ski Resort (lokasi bagi upacara pembukaan dan penutupan sukan Olimpik di PyeongChang Olympic Plaza/Stadium)

PyeongChang Olympic Stadium

PyeongChang Station

PyeongChang Station

  • Berada di Jaesan-ri, Yongpyeong-myeon, PyeongChang-gun, Gangwon-do.
  • 10km dari Bongpyeong-yeon di mana terdapat padang bunga buckwheat dan Lee Hyo Seok Cultural Hall.
Baca: Hyoseok Cultural Festival. Pesta Kebudayaan memperingati penulis Lee Hyo Seok dan novel popularnya ‘When Buckwheat Flowers Bloom’

Gangneung Station

Gangneung Station

  • Terletak di 176, Yongji-ro, Gangneung-si, Gangwon-do.
  • Penumpang boleh menaiki shuttle bus (anggaran 15 minit) ke Gangneung Olympic Park (lokasi acara bagi sukan ais) semasa Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018 berlangsung.

Gangneung Olympic Park

Baca: 5 pusat sukan di Gangneung bagi Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018

 

Maklumat servis shuttle bus di bandar-bandar Olimpik

Info servis shuttle bus di bandar-bandar Olimpik

 

 

Kredit foto: Wow!2018 PyeongChang pyeongchang2018_kr

=====

Dibawakan oleh  Hazlam Anuar. Official Wow! PyeongChang! Malaysia Supporters

Hazlam Anuar

Penulis, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan ' Miss Princess Hanbok (2022)', 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *