LE SSERAFIM ke Jeju pada hari Ahad di bulan November 2022. Sempena musim kedua DAYOFF yang boleh ditonton di Youtube rasmi mereka (sebanyak empat episod + bonus) .
Sebagai FEARNOT (nama fandom untuk LE SSERAFIM), semestinya kita hendak cuba melancong ke tempat-tempat yang mereka lawati di sekitar Pulau Jeju.
Gimpo International Airport
Mereka bergerak ke airport pada waktu malam. Gimpo Airport (GMP) merupakan lapangan terbang dosmetik di Seoul. Kita boleh ke sini dengan bas atau Subway Line 5 (purple) , Subway Line 9 (light brown) dan Airport Railway (light blue).
Gimpo Airport ke Jeju Airport hanya mengambil masa sejam lebih. Tiba saja di Jeju, mereka terus ke tempat penginapan yang mengambil masa sejam juga.
Hadosemi Pool Villa
Tiba di Jeju, mereka menginap di Hadosemi Pool Villa. Merupakan penginapan yang baharu. Lengkap dengan bilik sauna, kolam renang dan kawasan BBQ.
- Alamat: 23-36, Munjuran-ro 5-gil, Gujwa-eup, Jeju-si, Jeju-si
- Instagram: https://www.instagram.com/hadosemi_jeju/
- Website : Naver Place Blog
- Telefon: 010-8489-6656 (Korean)
- Harga : 450,000KRW per night
Gimnyeong Yacht Tour
Aktiviti pertama mereka iaitu menaiki kapal layar di Gimnyeong. Mengambil masa setengah jam dari tempat penginapan mereka .
Sedap pula melihat mereka tiga kali makan dia atas kapal layar terutamanya Seafood Ramyeon.
- Alamat: 229-16, Gujwahaean-ro, Gujwa-eup, Jeju-si, Jeju-do
- Website: http://www.gnytour.com/ (Korean) / Eng (pdf)
- Harga : 40,000KRW (child) – 800,000KRW (group)
- Telefon: 064-782-5271
Dapatkan harga menarik Yacht Tour ini di Klook
Tangerine Farm (Sakura & Eunchae)
Petik buah mandarin adalah salah satu aktiviti wajib dan popular di Pulau Jeju. Merata-rata ada tempat memetik buah mandarin ini. Sakura dan Eunchae berada di Tangerine Garden Baryeong. 20 minit dari lokasi aktiviti kapal layar.
- Alamat: 87, Seonheulnam 3-gil, Jocheon-eup, Jeju-si, Jeju-do
- Website: https://blog.naver.com/aneesuk (Korean)
- Harga: 8,000KRW
- Operasi: Tutup setiap Rabu.
- Info: Tutup sementara ( Januari 24 – March 31, 2023)
Zip-Line (Chaewon, Yunjin & Kazuha)
Kumpulan kedua (Chaewon, Yunjin dan Kazuha) memilih aktiviti mencabar iaitu menaiki zip-line. Terletak di lokasi bernama LAF (selepas drop off Sakura dan Eunchae) yang mengambil masa 17 minit dari Tangerine Garden Baryeong.
Di sini mempunyai four course. Cedar Forest Crossing (171m) , Green Tea ield (174m), Over the Pond (52m) & Scenery Relaxation (223m).
- Alamat: 115-1 Seongyo-ro, Jocheon-eup, Jeju-si, Jeju-do
- Website: https://jejulaf.com/
- Harga : 35,000KRW
- Masa: 9.00am – 18.00pm
- Instagram : https://www.instagram.com/jejulaf/
Horseback Riding
Selepas mengambil semula Sakura dan Eunchae. Mereka menuju ke tempat menunggang kuda yang mengambil masa setengah jam.
Ranch Cafe Delekoomda. Bukan sekadar tempat menunggang kuda, tetapi mempunyai pelbagai aktiviti menarik di sini seperti go-kart, cafe dan memberi makan kepada kuda Poni, biri-biri dan kambing.
Nama-nama kuda yang dinaiki LE SSERAFIM, Yaksok, Cuckoo, dan Dongju. Hanya nama kuda Sakura dan Eunchae tidak diketahui.
- Alamat: 2873 Seongeup-ri, Pyoseon-myeon, Seogwipo-si, Jeju-do
- Website: https://delekoomda.modoo.at/ (Korean)
- Masa: 9.00am – 18.00pm
Dapatkan tiket Korea Jeju Ranch Cafe Delekoomda Go-Kart & Horseback Riding Experiences di – > KKDAY
Ranch Cafe Batti
LE SSERAFIM berehat sebentar di Ranch Cafe Batti (sebelah go-kart) sebelum makan malam. Menjamah aiskrim, minuman dan kek.
- Alamat: 2486 Beon yeong-ro, Pyoseon-myeon, Seogwipo-si, Jeju-do
- Instagram : https://www.instagram.com/batti_jeju/
Dongbok Ttukbaegi Restaurant
Penutup trip pendek ini mereka makan malam di restoran Dongbok Ttukbaegi. 40 minit dari Ranch Cafe Batti. Mengambil masa sejam ke Jeju Airport untuk pulang.
Menu utama restoran ini adalah makanan laut. LE SSERAFIM menjamah Galchi Jorim (Spicy Braised Beltfish) , Jogaetang (clap stew), Ganjang Gejang ((Raw Crabs Marinated in Soy Sauce), Tteokgalbi (Short Rib Beef Patties), Flying Fish Roe Seaweed Roll & Extra Long Grilled Galchi.
- Alamat: 1st floor, 30-2, Dongbok-ro, Gujwa-eup, Jeju-si, Jeju-do
- Masa: 9am – 9pm
- Telefon: 064-782-7200
- Harga: 6,000KRW – 115,000KRW
- Instagram: https://www.instagram.com/jeju.dongbok/
Semoga dengan perkongsian ringkas ini, dapatlah FEARNOT memasukkan dalam itinerari ketika melancong ke Pulau Jeju nanti.