Tahun lepas saya mendapat TOP5 Korean Embassy Online Supporters (KEOS). Dikenali sebagai designer di kalangan online supporters dan pihak kedutaan, saya diberi peluang mereka logo baju untuk KEOS buat pertama kali sejak ditubuhkan pada tahun 2015.
Idea

Beberapa idea muncul seperti peta kedua-dua negara. Ketika membuat kajian, bunga raya merupakan bunga kebangsaan bagi kedua-dua negara.
Lakaran

Saya terus buat atas iPad (mengunakan perisian Affinity Designer) dengan melukis peta Malaysia dan peta Korea Selatan. Turut melukis juga bunga raya jenis detail dan jenis ringkas.
Proposal

Terdapat 6 idea proposal logo yang dapat disiapkan mengikut deadline yang diberikan.
Final

Logo akhir yang dipilih adalah gabungan inspirasi dari lambang National Emblem of the Republic of Korea yang turut berada di logo kedutaan. Dengan bunga kebangsaan dua negara (Malaysia- Bunga Raya) dan (Korea Selatan – Mugunghwa).

Mengunakan bentuk sama dengan beberapa perubahan rekaan. Mengunakan warna sama yang terdapat pada bendera kedua-dua negara iaitu biru, merah dan putih.
Ciri yang terdapat pada bunga raya iaitu stil digunakan dengan meletak RAKAN KOREA.

Korean Embassy Online Supporters mengayakan baju yang sudah siap semasa 2022 K-Pop World Festival Malaysia.

