Selalu di blog saya berkongsi tentang Korea. Kali ini ingin berkongsi tentang bola sepak!
Kenapa? Kerana disebabkan pemain bola sepak Malaysia Luqman Hakim Shamsudin yang ditawarkan kontrak 5 tahun bersama kelab bola sepak Belgium, KV Kortrijk yang dibawah liga Belgian First Division A. Juga merupakan milik usahawan Malaysia, Vincent Tan.
Terus saya mahu tahu tentang aktiviti bola sepaknya, pasukannya dan negara Belgium itu sendiri.
Siapa Luqman?
Saya bukan kaki bola , cuma suka tengok goal highlight selain peminat Manchester United FC. Jom kenali siapa Luqman Hakim ini.
Menurut Wiki, Luqman Hakim merupakan pemain bola sepak profesional Malaysia bawah 23 dan penyerang nombor 9 KV Kotrijk. Beliau bermula karier bola sepaknya di Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) dan kemudian Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari.
Beliau mencipta sejarah apabila menjadi pemain Malaysia bertanding di peringkat teratas Eropah dan menjadi pemain pertama Malaysia dalam liga utama Belgian dengan debut pasukan utama KV Kortrijk ketika menentang RSC Anderlecht (23 Oktober 2020).
KV Kortrijk – Kelab Bola Sepak Belgium
KV Kortrijk (KVK) atau nama penuhnya Koninklijke Voetbalclub Kortrijk. Dengan nickname De Kerels (The Guys). Terletak di bandar Kortrijk, wilayah West Flanders, Belgium.
Pasukan dalam liga Belgian First Division A / Belgian Pro League (secara rasmi dipanggil Jupiler Pro League). Terdapat 18 pasukan bertanding.
Saya tidak tahu langsung pasal liga ini, tetapi ada beberapa pasukan yang saya pernah dengar dan popular seperti Standard Liège, Club Brugge , Gent dan RSC Anderlecht.
Kalau Eropah selalunya setiap sejarahnya memang lama seperti kelab ini yang ditubuhkan pada 1971 dengan sejarah sejak tahun 1901.
Kelab ini dengan warna rasmi merah dan putih. Bermain di stadium satu tingkat Guldensporen Stadion (aka Stadium of the Golden Spurs) yang berkapasiti 9399 dan berkaitan dengan perang Battle of the Golden Spurs (1302).
Kelab ini dibeli oleh usahawan Malaysia, Vincent Tan dengan harga 5 juta Euro pada tahun 2015.
Website: https://www.kvk.be/ (Dutch)
Sosial Media: https://www.instagram.com/kv_kortrijk/ , https://twitter.com/kvkofficieel , https://www.facebook.com/kvkofficieel/ , https://www.youtube.com/user/kvkofficieel
Bandar Kortrijk
Kortrijk merupakan salah satu bandar yang terletak di wilayah West Flanders, Belgium. Populasi sebanyak 70,000 ribu lebih. Senibina zaman abad pertengahan medieval dengan bandar yang punyai zon bebas kereta. Dilabel UNESCO sebagai Creative City pada tahun 2017.
Bandar Kortrijk mewujudkan tempat-tempat pertukangan, tekstil dan kesenian. 29 daripada 100 teratas syarikat pembuatan di Belgium terletak di sekitar bandar Kortrijk.
Baca: 10 things to know about the region Kortrijk
Antara tempat-tempat menarik di bandar Kortrijk
Broel Towers
Jambatan menara ikonik bandar Kortrijk. Nampak sama tetapi menara yang tidak dibina pada masa sama. Menara Selatan, juga dikenal sebagai Speyetoren, dibina pada tahun 1385 untuk mengawal lalu lintas di Sungai Lys dan Menara Utara, yang dikenali sebagai Ingelborchtoren dibina pada tahun 1415 dan digunakan sebagai gudang senjata.
Belfort of Kortrijk
Menara loceng abad pertengahan (medieval) di tengah bandar Kortrijk. UNESCO World Heritage sejak 1999. Sebelum menjadi menara ‘stand alone’, ia merupakan sebahagian bangunan yang kemudian dimusnahkan.
Kortrijk City Hall
Dibina pada abad ke 14. Dengan senibina elemen Gothic dan Renaissance.
Artillery Tower
Artillery Tower atau Artillerietoren berwarna merah ini adalah seni bina ketenteraan asli dari Zaman Pertengahan. Menara yang dibina pada abad ke 14 ini menjadi salah satu menara sekitar bandar yang dijadikan sebagai gedung simpanan meriam, senjata api, peluru dan serbuk senapang. Kemudian ia dilupakan selain tersorok sehinggalah pada tahun 1990 ia dijumpai ahli arkeologi dipulihkan dan dijadikan monumen sejarah.
Buda Beach
Pulau yang terletak di tengah bandar. Pulau Buda ini dibangunan semula (sekitar sungai Leie) dan dijadikan sebagai taman rekreasi pelbagai peringkat umur.
Discover Kortrijk
Website: https://www.kortrijk.be/ (Dutch) , https://www.toerismekortrijk.be/en (English)
Sosial Media: https://www.facebook.com/stadkortrijk/ , https://www.instagram.com/stadkortrijk/ , https://twitter.com/8500kortrijk , https://www.youtube.com/channel/UCzkJgfl7j4Er-ocsluJ2EHw
Kortrijk Creative City Tour
Disebabkan bandar Kortrijk mendapat anugerah keahlian sebagai UNESCO Creative Cities Network. Terdapat tour khas , Kortrijk Creative City Tour. Dengan melawat mercu tanda unik, kedai, restoran, muzium, enam tempat kreatif.
Website: https://www.toerismekortrijk.be/en/kortrijk-creative-city-tour
Sosial media: https://www.instagram.com/kortrijkcreativecitytour/
Sumber: https://www.designcities.net/city/kortrijk
Pengangkutan
- Airport & train: Brussels Airport (BRU) > Brussels Airport-ZaventemOostende (NMBS) [airport train] > 6 hentian > Courtrai / Kortrijk (Kortrijk Station). Jumlah perjalanan 1 jam 50 minit.
- Bas: Tidak digalakkan kerana terdapat 5 kali pertukaran dengan berpuluh hentian . Jumlah perjalanan 5 jam 36 min! Bas dioperasikan oleh syarikat pengangkutan De Lijn.
Website: https://www.brusselsairport.be/en/passengers , https://www.belgiantrain.be/en , https://www.delijn.be/en/
Info & Tips
- Visa: Tidak perlu Visa dengan tinggal selama 90 hari.
- Mata wang: Euro. 10 Euro bersamaan RM50 duit kita ketika artikel ini ditulis.
- Zon masa: Antara Brussels dengan Kuala Lumpur ialah tambahan enam jam (+6). Contoh: Pukul 10 pagi di Kuala Lumpur bersamaan jam 4 petang di Brussels.
- Bahasa: Dutch, French dan German. Dutch lebih banyak pengunaannya.
- Flight: Tiada penerbangan terus Malaysia – Belgium. Untuk ke sini dengan merujuk website Mas Airline. Kuala Lumpur (Kul) > Heathrow , London (LHR) > Brussels (BRU). Dengan 20 jam jumlah masa keseluruhan dengan kos RM6000 lebih pergi balik untuk kelas ekonomi.