Pada 24 September lepas, 2018 Quiz on Korea telah ditayangkan di KBS World. Pertandingan ini diadakan secara tahunan sejak tahun 2012. Pertandingan kuiz yang menguji para peserta pengetahuan umum tentang Korea.
Baca: 2018 Quiz on Korea di Malaysia preliminary
Tahun ini, 21 peserta akhir terpilih dari pelbagai negara seperti Cameroon, Cuba, Chile, Malaysia, Indonesia, Amerika Syarikat, Belarus, Cambodia, Mesir, Jerman, Argentina, Australia, Republik Czech, Ethiopia, Romania, India, China, Iran, Uzbekistan, Poland dan Vietnam. Kagum melihat majoriti peserta fasih berbahasa Korea.
Pertandingan kali ini dihoskan oleh Lee Teuk (Super Junior) dan Sam Okyere dari Ghana (tinggal di Korea sejak 2009 dan menjadi personaliti TV). 2018 Quiz on Korea boleh ditonton di Youtube:
Soalan-soalan yang sukar tetapi menarik
Saya sebagai penonton, mendengar soalan-soalannya. Hanya tahu 2-3 sahaja jawapannya (err…perlu jawab dalam bahasa Korea), selainnya memang tidak tahu langsung. Oh, tahu sahaja tidak cukup tetapi perlu pantas menekan buzzer! Saingan yang sangat sengit, soalan belum habis sudah jawab.
Soalan-soalan diberikan oleh pelbagai figura seperti menteri, pelakon, selebriti, pereka Hanbok, idol (GFRIEND dan MOMOLAND), kanak-kanak tadika dan serta satu soalan daripada follower FB KBS WORLD.
Wakil Malaysia
Rachel Liew (25), wakil Malaysia yang terpilih selepas memenangi 2018 Quiz on Korea peringkat Malaysia. Berlangsung pada 7 Jun (1st preliminary) dan 30 June (2nd preliminary- final).
Format pertandingan
Pusingan pertama, 21 peserta dibahagikan kepada tujuh orang dalam satu kumpulan. 10 markah diberikan kepada jawapan yang betul. Peserta yang mendapat markah tertinggi akan pergi ke Quiz King Zone. Dimana tiga peserta yang duduk di zon ini akan ke pusingan terakhir dan berpeluang menjadi juara.
Pusingan kedua, survival individu round (dibahagikan kedaua dua bahagian dengan sembilan soalan untuk satu bahagian). Pusingan ini, memberikan peluang kepada 18 peserta untuk mengambil tempat Quiz King Zone. Dengan soalan-soalan diberikan berdasar kata kunci seperti Handsome guy, K-food, Object, Sports,Games, Market, King, K-pop, Hanbok, President, Comedian, Chuseok, Travel, Dictionary, Animals, Math & Medicine.
Risikonya, salah jawab pusingan kedua ini. 10 markah akan ditolak!
Pusingan ketiga ialah consolation round. Pusingan ini memberikan peluang akhir kepada 18 para peserta duduk di Quiz King Zone. Peserta yang mempunyai markah tertinggi, perlu memilih salah seorang daripada tiga peserta asal Quiz King Zone. Untuk menjawab satu soalan penentuan ke pusingan akhir.
Bagi pusingan akhir (untuk tiga peserta Quiz King Zone). Selain menjawab soalan seperti sebelum ini, pusingan akhir ini terdapat dua soalan yang para peserta perlu menulis Hangul (dictation).
Rachel berjaya menjawab soalan akhir selepas mempertahankan kedudukannya di Quiz King Zone dari pusingan pertama lagi. Pusingan akhir ini sungguh mendebarkan!
Malaysia Juara!
Menariknya tahun ini, buat pertama kali dalam sejarah Quiz on Korea. Malaysia menjadi juara! (Malaysia pernah mendapat tempat kedua pada tahun 2016).
Tahniah diucapkan kepada Rachel Liew. Malaysia BOLEH!
Tempat kedua dimenangi oleh Lan Ahn (Vietnam) dan tempat ketiga oleh Diana (Romania). Tahniah juga kepada semua peserta akhir. Memang hebat-hebat belaka.