Manuskrip novel pertama H.A siap
Yeah! Selepas 7 bulan tunggang-langgang dengan waktu tidur dan waktu makan yang tidak menentu terutamanya sebulan terakhir, siap juga novel pertama H.A iaitu bertajuk ‘Projek Dekor-Dekor Bersama Ain Maisarah‘. Ya, bersama penulis novel remaja popular! Kami menjadi penulis bersama dalam menghasilan novel berciri story & how-to ini. H. A mohon doa pembaca blog supaya novel ini siap diterbitkan ketika Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 di PWTC bulan empat nanti.
Seperti yang H.A terangkan sebelum ini dalam blog dan facebook. Novel ini bukan berkenaan cinta-cintun 🙂 ya. Ia berkenaan remaja yang ada dua misi, iaitu berusaha mencantikkan biliknya dan menceriakan kelasnya. Pada masa yang sama, tip-tip dekorasi diselitkan.
Ebook Panduan Perabot dikemaskini
Salah satu ebook H.A iaitu Panduan Perabot yang diterbitkan pada tahun 2011 sudah dikemaskini dengan diberikan tajuk baru. ‘Teknik Bagaimana Memilih & Membeli Perabot Berkualiti’.
Kaver baru serta skrinshot isi ebook ini yang akan ditukar kepada format pdf.
Bermasalah dengan perabot!
Ebook ini memang untuk mereka yang ada masalah dengan perabot! Bagi yang tiada masalah pun boleh juga memiliki ebook ini kerana disertakan tip dan teknik yang sesuai memilih perabot yang sesuai dengan ruang kediaman. Disertakan masalah-masalah yang selalu dihadapi pembeli terhadap perabot ini:
- Tidak tahu membeli perabot untuk kediaman yang sempit.
- Perabot yang baru sahaja dibeli kurang selesa.
- Perabot rosak, walaupun baru seminggu dibeli
- Perabot tidak muat dalam bilik. Walhal nampak okey di kedai perabot. Pelik bin heran.
- Keliru mana satu perabot yang perlu dibeli dahulu kerana bajet yang kita ada terhad.
Sempena manuskrip siap, H.A juga dikejutkan dengan satu hadiah yang amat lumayan sehingga membuatkan kita boleh menangis dibuatnya. ( Hadiah kejutan ini akan H.A kongsikan nanti). Disebabkan itu, H.A ingin memberikan pembaca blog sebuah ebook Panduan Perabot dengan harga promosi. Tetapi sayangnya, harga promosi RM8 ini hanya untuk empat hari sahaja (29/1-1/2). Selepas itu, harga ebook ini kembali asal iaitu RM20 selepas ia dilancarkan semula secara sepenuhnya pada bulan tiga nanti.
Cara memilikinya dengan klik link dibawah:
Ebook Teknik Bagaimana Memiliki & Membeli Perabot Berkualiti