Pulau Jeju sinonim dengan buah limau tangerin dan buah limau Jeju, Hallabong. Ketika mengikuti program WOWKOREA, saya berpeluang merasa pengalaman memetik buah limau ini. Ia dikatakan aktiviti wajib kalau melawat Pulau Jeju.
Father’s Garden

Terdapat banyak tempat yang menyediakan aktiviti pengalaman memetik buah limau ini. Father’s Garden merupakan salah satu tempat memetik buah limau yang popular. Luas sungguh tempat ini sehinggakan terdapat taman bunga dan mini zoo!

Bayaran dikenakan hanya KRW10,000 (RM35). Kami diberikan beg plastik (untuk mengisi buah sehingga penuh!) dan pengetip buah (turut ditunjukkan cara betul mengetip buah). Masa diberikan untuk memetik buah bebas. Bolehlah sambil itu makan limau. Manis!





Selain memetik buah. Di sini juga terdapat tempat-tempat menarik untuk mengambil gambar dan bertemu dengan haiwan seperti arnab, burung unta, anak kambing, kuda dan keldai.







Info:
- Alamat: 804 Sangchang-ri, Andeok-myeon, Seogwipo-si, Jeju-do, South Korea
- Masa Operasi: 10am – 6pm
- Harga: KRW10,000
- Pengangkutan: Jeju International Airport > Bas No. 181 atau 182 > Changcheon Junction (1 jam) > teksi ke Father’s Garden (10 min)
- Website: https://fathersgarden.co.kr/
- Instagram: fathers_garden
Lokasi
Nota 1: Menariknya lokasi ini ia berdekatan dengan Camellia Hill. Mudahlah melawat dua tempat sekaligus.
Nota 2: Berkenaan tangerine, ia boleh dibawa balik semasa domestic flight (Jeju > Seoul / Busan). Untuk bawa pulang ke Malaysia saya tidak berani dan ia dilarang oleh kastam. Kalau mahu bawa atas tanggungjawab sendiri. Saya makan sendiri, separuh beri kepada pemilik penginapan di Seoul dan baki saya berikan kepada makcik yang menjaga kebersihan Incheon Airport.