Jumaat lepas, H.A menghadiri majlis pembukaan pusat sehenti perabot dan hiasan dalaman SSF di Pertama Complex yang bercirikan kedai berkonsep.
Apakah kedai berkonsep ini?
Inilah maksud H.A pada tajuk post kali ini, meniru idea dekorasi. Kedai berkonsep terbaru SSF ini berbanding kedai-kedai perabot yang lain ialah mengunakan gaya susun atur yang tersusun dalam mempamerkan produk mereka.
Contohnya, ada tatahias untuk ruang tamu, ruang makan, bilik tidur dan bahagian ruang yang lain. Ini memberikan lebih banyak idea hiasan dan inspirasi kepada kita bagaimana menghias rumah. Selain itu, SSF menawarkan pelbagai produk seperti hiasan rumah, perkakas rumah, langsir, lampu, permaidani, bunga dan tumbuhan tiruan dan lain-lain produk yang dapat melengkap isi rumah kita.
“Kami menyediakan konsep suai padan perabot yang lengkap dan memberikan ilham kepada pelanggan kami berbanding dengan hanya membeli perabot tunggal”.-Pemangku Pengurus Besar SSF SDN BHD, Encik Lim Kah Siong
Selain terdapat diskaun menarik untuk pelanggan dan ahli. SSF mengadakan pertandingan “ I Like SSF ” di mana kita layak untuk memenangi baucer RM5000. Caranya:
Jika kita masih lagi tercari-cari idea susun atur dan tatahias dan terus ingin memiliki barang hiasan yang sesuai, singgahlah ke SSF Pertama Complex di tingkat tiga.
Kredit gambar : H.A dan SSF
suka brg2 ssf n ikea semestinya..