Mungyeong Live Streaming Tour – Center of Korea, Kingdom Filming Locations & Coal Mining Museum

Kesan pendemik ini membuatkan kita masih tidak dapat melancong ke luar negara untuk tujuan bersiar-siar. Kita ubat rindudengan melancong secara maya terlebih dahulu.

Korea Travel Easy

Korea Travel Easy website

Saya baru ini berpeluang mengikuti pelancongan maya yang ditawarkan oleh Korea Travel Easy . Terdapat 10 live streaming tour yang boleh kita pilih (berharga USD10 = RM42 setiap satu lokasi).

K-Tour Top 10

K-Tour TOP 10

10 lokasi virtual tour untuk dipilih >>> K-Tour TOP 10 <<<

* Mungyeong Live Tour *

Saya memilih Mungyeong kerana tidak pernah lagi jejak ke sini nama pun tidak pernah dengar. Dengan menonton secara virtual (60 minit) dapatlah saya tahu serba sedikit tempat ini dan semestinya akan isi dalam itinerari.

Jika mahu ikuti pengalaman yang sama dengan saya >>> Mungyeong Streaming Live Tour <<<

Virtual tour ini dibawakan oleh tour guide, Mr Jae Woo Ahn yang berpengalaman yang berkongsi sejarah dan infomasi terkini ditempat-tempat yang dibawakan.

Mungyeong 101

Bandar Mungyeong ini terletak di Wilayah Gyeongsang Utara. Berada ditengah-tengah peta Korea Selatan. Dua jam perjalanan ( Kereta/ bas) / empat jam (train) dari Seoul. Boleh jadikan trip sehari / balik hari.

Mungyeong center of Korea

1. Mungyeong Saejae

Screenshot of my virtual tour

Tempat yang bergunung-ganang dan berlembah dengan Mungyeong membawa maksud ‘ Mendengar Berita Baik.’ Kerana tempat ini menjadi salah satu laluan utama (jalan terpanjang yang menghubungkan Hanyang (kini Seoul) dan kawasan Yeongnam selama kira-kira 500 tahun zaman Joseon).

Saejae memberi maksud tempat pertemuan orang berkongsi informasi dan cerita. Tempat henti dan rehat ( jumak = pub + motel ).

Mungyeong Saejae Arirang

Virtual Tour screenshot of singer sing Arirang

Arirang yang merupakan lagu rakyat tradisional dan popular Korea. Menurut sumber, terdapat kira-kira 3,600 variasi dari 60 versi lagu yang berbeza. Mungyeong Saejae Arirang salah satu contohnya.

Virtual tour ini turut berkongsikan dua video nyanyian secara tradisonal dan video dengan gabungan alat muzik tradisional dan moden.

2. Mungyeong Saejae Open Film Set

My screenshot of virtual tour

Lokasi popular kerana tempat pengembaraan filem Kingdom (Netlix).

Kingdom Netflix poster

Tempat ini turut menjadi filming locations filem dan drama seperti My Roommate Is A Gumiho (2021); Imitation (2021); Mr. Queen (2020-21); Record of Youth (2020); Selection: The War Between Women (2019-20); Kingdom I (2019); Hotel Del Luna (2019); Haechi (2019); The Crowned Clown (2019); Mama Fairy and the Woodcutter (2018); Legend of the Blue Sea (2016-17); The King of Legend (2010); The Iron Empress (2009); Taejo Wang Geon (2000) ~ Koreandramaland.com

  • Alamat: 932/1039 Saejae-ro, Mungyeong-eup, Mungyeong-si, Gyeongsangbuk-do, South Korea
  • Tiket masuk : Dewasa 2,000 won / Remaja 1,000 won / Kanak-kanak 500 won
  • Website: www.gbmg.go.kr (Korean)

3. Mungyeong Eco Rala & Coal Museum

Screenshot of the virtual tour

Lokasi terakhir virtual tour ini iaitu Mungyeong Eco Rala & Coal Museum.

Taman tema dengan konten budaya mengabungkan Eco Rala ( studio, plaza ), Gaeun Open Set ( filming location) dan muzium arang batu ( mine tunnel , ride ).

  • Alamat: 112, Wangneung-gil, Mungyeong-si, Gyeongsangbuk-do
  • Masa Operasi: March to Oktober 09:00-18:30 / November ke Februari 09:00-18:00
  • Tiket: Dewasa 16,000 won / Pelajar 14,000 won / Kanak-kanak 12,000 won
  • Website: coal.gbmg.go.kr (Korean) , ecorala.com (Korean)

Tamat

Mungyeong visited locations

PERCUMA

Percuma kupon

Ingin ikuti virtual tour ini secara percuma?

Gunakan kod kupon bernilai USD10 [ ktourtop10-alam ] ketika melakukan proses pembayaran pakej tour. Terhad kepada 10 orang sahaja! Tawaran tamat sehingga 30 September 2021!

Hazlam Anuar

Penulis Blinkbook, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?'

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *