Pada 19 Februari 2022 berlangsungnya sesi bertemu secara online bersama penulis HELLBOUND, Choi Gyu Seok di Korea Plaza dengan kerjasama Kedutaan Korea di Malaysia dan Korea Tourism Organization.
Terima kasih Korean Embassy yang memberi saya peluang mengikuti sesi ini.
Cerita disebalik Hellbound
- Mengeluarkan sedikit sensitiviti dalam agama untuk tidak ditunjukkan dalam cerita.
- Lebih kepada agama baharu berbanding agama yang ada di dunia. Jadi tidak berkaitan mana-mana ajaran. Mungkin kerana cerita ini di Korea. Penonton menanggap ia agama di Korea.
- Mempunyai cerita sampingan ( sub plot ) yang menarik.
- Wajah-wajah di komik seperti orang sebenar kerana mendapat inspirasi dari gambar-gambar profil di sosial media (dengan izin).
- Memberikan rasa takut seperti zaman dulu (pantang-larang, kepercayaan agama dll) dalam masyarakat moden yang fokuskan teknologi.
- Mudah dibuat spin-off.
- Tiga grim reapers kelihatan selekeh dan tidak seperti filem-filem raksasa (yang fokus kepada perincian dan keseraman) atau terlihat seperti rekaan manusia.
Link untuk membaca komiknya > Hellbound Webtoon
Sesi Zoom Q & A
Beberapa jawapan yang sempat dijawab Choi Gyu Seok ketika sesi Zoom.
- Banyak webtoon menjadi drama kerana mudah diadaptasi dan mempunyai plot tegang.
- Watak detektif adalah kegemaran penulis. Kerana mempunyai emosi yang kompleks dan sebati dengan plot.
- Kenali pengarah ketika zaman universiti melalui mutual friend. Pengarah juga pernah membuat shooting di universiti dan bertembung. Sebelum Hellbound, pernah juga bekerjasama dalam drama/filem.
- Tahun-tahun sebelum webtoon belum popular dan pernah jatuh. Tidak terkenal dan hanya promosi mengunakan blog.
- Kini ada platfom seperti Naver. Mudah berinteraksi terus bersama pembaca dan pembaca pula mudah terus membaca komik.
- Sebelum ini, cara tradisional ada penerbit dan banyak proses untuk terbitkan komik. Kini digital mudah terus kepada peminat/pembaca. Tanpa perlu middleman.
- Choi Gyuk Seok suka menghasilkan cerita tema realisme, people story.
- * Ada neraka pasti ada syurga. Soalan saya tentang ada tak cerita ‘Heavenbound’ membuatkan penulis terkebil-kebil dan menyatakan tiada dan tidak terfikir menghasilkannya (menantikan Hellbound musim kedua).
Nasihat kepada webtoonist muda
- Mampu menyelami cerita anda
- Kemahiran menyelesaikan masalah
- Cipta persekitaran yang membantu
- Selami subjek dan tema cerita anda
- Jangan buang masa apabila terima halangan.
- Gunakan masa dengan pelajari skil baharu.
- Jalan terus.
Hellbound di Netflix
Hellbound dapat ditonton di Netflix. Menantikan musim kedua.