Pengalaman Incheon City Tour dengan Incheon City Tour Bus (Harbor Line)

Pada trip Korea kali ini. Memerlukan saya tinggal di Incheon. Kerana menghadiri konsert kpop INK Concert di Incheon. Jadi, saya memilih untuk bersiar-siar di Incheon sahaja. Saya memilih perkhidmatan yang memudahkan kita bersiar-siar sekitar Incheon iaitu Incheon City Tour.

Incheon City Tour

Incheon City Tour pamphlet and Incheon booklet

Incheon City Tour ini memudahkan kita bergerak/ bersiar-siar ke lokasi-lokasi popular sekitar Incheon dengan terdapat tiga laluan yang disediakan iaitu:

  1. Harbor Line
  2. City Line
  3. Ocean Line

Informasi ringkas:

  • Masa operasi: 10 am ~ 6:12pm (Harbor Line) / 10:20am ~ 5:45pm (City Line) / 09:30am ~7:45 (Ocean Line)
  • Tutup: ISNIN ,Tahun baru dan Chuseok
  • Tiket: One-day pass (lokasi beli di Incheon Station Tourist Information Center & Incheon General Tourist Information Center (Songdo)
  • Harga: Single ticket (downtown area) : 5,000 KRW (dewasa), 3000 KRW (kanak-kanak dan warga tua)
  • Harga: Intergrated ticket (semua laluan): 10,000 KRW (dewasa), 8,0000 KRW (Kanak-kanak dan warga tua)
  • Bas: Normal bus (Harbor Line) / double decker bus ( City  Line & Ocean Line)
  • Website: www.incheoncitytour.com  (English)

Nota: Discover Korea Your Way (DKYW2018) mempunyai kupon diskaun (beli satu percuma satu bagi 10,000 KRW)

Discover Korea Your Way 2018 booklet

 

Harbor Line

(Songdo – Wolmi/ Open Port)

Incheon City Tour – Harbor Line

Melihat di website dan juga pamphlet. Dengan masa yang saya ada dengan tempat yang ingin dipergi. Saya memilih laluan Harbor Line. Jom ikuti pengalaman saya:

#1 Incheon Station

Incheon Tourist Information Center

Melihat destinasi bermula di Incheon Station (China Town) dan tiket boleh dibeli di situ. Ini memudahkan misi tour saya. Disebabkan saya hanya memilih laluan Harbor Line. Tiket (jenis gelang) dibeli berharga 5,000 KRW ( pas sehari). Oh, terdapat juga aktiviti mengumpul tiga pelekat di belakang pamphlet.

Incheon City Tour Bus

Incheon City Tour Day Pass

Terdapat 14 tempat tarikan. Dengan tujuh tempat yang saya dapat singgah. Ketika ini juga, rujukan timetable bas tiba dan pergi amat penting jika kita mempunyai kekangan masa dan banyak tempat yang ingin pergi.

Harbor Line Timetable

 

#5 G-Tower

G-tower

Bangunan G Tower yang merupakan hentian ke 5.  Mempunyai observation deck di tingkat 33. Selain dapat melihat panorama Songdo International City sekitar 360 darjah. Turut terdapat galeri, zon interaktif.

Songdo International City panorama dari tingkat 33 G Tower

G Tower ini popular menjadi lokasi pengembaraan Kvariety Running Man. Ketika tiba sini, saya dapati Songdo Convensia (NEATT) hentian ke 8 dan Central Park (Incheon City History Museum) yang merupakan hentian ke 9, berdekatan dengan berjalan kaki (jika mahu).

  • Masa operasi: 10am ~ 8pm (Isnin~ Jumaat) / 10am ~ 6pm (Sabtu  & Ahad)
  • Tiket: Masuk percuma

Selepas melewat G-Tower, mendapati Tri-Bowl, Inchcon Tourist Information Center, Songdo Traditional Korean Village, dan Songdo Convensia berdekatan. Jadi memilih untuk berjalan kaki saja.

Tempat-tempat menarik berdekatan di Songdo Central Park

Tri-Bowl

Tri-bowl

Bangunan yang kelihatan seperti kapal makhluk asing atau arca terbesar ini hanya bersebelahan dengan G-tower. Bangunan unik ini merupakan multiplex Cultural Centre (art space).

Tri Bowl is multi complex culture and arts center

Menjadi lokasi Kdrama ‘ Legend of the Blue Sea (2016)’ , ‘Circle: Two Wolrds Connected (2017)’.

 

 Incheon Tourist Information Center (with AIN Cafe)

Incheon General Tourist Information Center with AIN Cafe

Di sini merupakan tempat tiket (day pass) yang boleh dibeli. Merupakan tempat pertukaran ke laluan City Line dan Ocean Line.

Turut terdapat AIN Cafe dimana dengan tiket, kita mendapat  20% diskaun bagi semua minuman, makanan, cenderamata dan produk.

#9 Central Park (Incheon City History Museum) 

Gyeongwonjae Ambassador Incheon

Berjalan sikit kita akan berjumpa dengan Incheon City History Museum, Songdo Hanok Village ( Gyeongwonjae Ambassador Incheon) – lokasi Kdrama ‘Goblin’.

Songdo Central Park

Songdo Central Park

Kerana waktu ini musim panas. Taman ini meriah dengan aktiviti-aktiviti air seperti teksi air, kayak, canoe, paddle boat, spa kaki.

 

#8 Songdo Convensia (NEATT)

Songdo Convensia

Hanya berada di sebarang jalan dari Songdo Central Park. Bangunan  state-of-the-art convention center dengan senibina berasaskan banjaran gunung Taebaek, dengan berinspirasikan Sydney Opera House, Australia.

 

dal.komm coffee Songdo Central Park (TUTUP)

(lokasi Kdrama ‘ Descendants of the Sun)

dal.komm coffee shop Songdo Central Park (CLOSE)

Dari Songdo Convensia ke sini amat dekat. Tiga orang saya tanya lokasi kafe ini dan turut juga tengok Google Map. Kenapa asyik berpusing-pusing. Rupa-rupanya sudah tutup (sedihnya). Bakal diganti dengan restoran. Tidak dapatlah ambil gambar seperti yang dikongsikan mereka yang pernah kunjungi sini. Keistimewaaan 20% diskaun produk drama dengan tiket day pass ini.

Mendapat kafe popular ini tutup, jadi kembali ke Incheon Tourist Information Center untuk menaiki tour bus dan menuju ke Wolmi Traditional Park.

 

#13 Wolmi Traditional Park

Wolmi Park Observatory

Wolmi Park ini pada zaman dinasti Joseon. Merupakan pangkalan tentera yang melindungi Han-Yang (Seoul kini). Merupakan pelabuhan pertama untuk memasuki Joseon.

Sanggup menaiki tangga kayu menuju ke Wolmi Park Observatory sebab jalan pintas (ada perkhidmatan car shuttles dengan bayaran 1,000KRW) dengan pemandangan 360 darjah dengan panorama pelabuhan Incheon. Turut menjadi tempat melihat matahari terbenam.

Wolmi Moonlight Maru Cafe at Wolmi Park Observatory

Turut terdapat sudut mini library dan Wolmi Moonbeam Maru Cafe (10% diskaun makanan dan minuman)

 

Wolmi Theme Park

Wolmi Theme Park

Menuju ke lokasi akhir iaitu Wolmi Culture Park. Bas berhenti berhampiran Wolmi Theme Park. Masuk ke taman tema ini adalah percuma. Tiket bayaran dikenakan apabila ingin bermain ride seperti  Disco Pang Pang, Viking Ride dan lain-lain.

Lokasi pengembaraan Kdrama ‘ Let’s Fight Ghost (2016)’ , Kvariety ‘ We Got Married’ dan kumpulan Kpop I.O.I (Produce 101)

 

14# Wolmi Culture Street

Wolmi Culture Street

Kerana tour ini berlangsung hari Ahad. Memang ramai pengunjung, ada aktiviti menyanyi, persembahan air pancut dan lain-lain hiburan.

Pelekat ketiga dan yang terakhir, diperolehi di Wolmido Island Tourist Information Center ( berada ditengah-tengah Wolmi Culture Street.

Sticker travel with Incheon City Tour

Incheon Station (China Town)

Harbor Line Tour berakhir dengan kembali ke Incheon Station. Di  sini kita boleh berjalan kaki menuju ke China Town atau ke Open Port Street (Art Platform) yang merupakan hentian ke 12 dalam Harbor Line ini.

Cara ke Art Platform: Keluar dari Incheon Station > melintas ke pintu gerbang China Town > belok ke kiri > kelihatan balai polis > jalan 5 minit.

Art Platform

 

 

 

Hazlam Anuar

Penulis, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan ' Miss Princess Hanbok (2022)', 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *