Artikel kali ini, kita akan singgah tempat-tempat menarik di Dangjin, Boryeong dan Asan yang terletak di Wilayah Chungcheong Selatan. Hanya 1 ke 2 jam dari Seoul.
Dangjin
Caféo Haearum
Sebuah kafe yang unik dengan pemandangan yang eksotik. Sambil menghirup kopi atau jus, mata kita dijamu dengan air pasang surut laut (Yellow Sea) dan Jambatan Seohae.
- Alamat: 29-10 Maesanhaebyeon-gil Sinpyeong-myeon, Dangjin-si, Chungcheongnam-do
- Masa operasi: 11am – 10pm (Setiap hari)
- Harga menu: 8,000KRW- 57,000KRW+
- Pengangkutan: Dangjin Intercity Bus Terminal (ambil bas 22/22-1/22-3)> tukar di Hanjin Gyocharo ( 38 hentian)> naik bas 26 > turun di Maesalli bus stop (6 hentian) > jalan 900m ke kafe. Mengambil masa satu jam setengah / Teksi dari terminal bas ke sini mengambil masa setengah jam (18,000KRW- 22,000KRW anggaran harga)
- Website: http://www.haearumcafe.com/
Tip: Singgah kafe ini pada musim bunga atau musim sejuk, bagi melihat panorama yang lagi cantik!
Ami Art Museum
Muzium Seni Ami terletak di Sanseong City, Dangjin. Merupakan pusat budaya kawasan tempatan di mana aktiviti kebudayaan dijalankan. Dibina semula dari bangunan sekolah lama. Dengan mempunyai muzium dan bilik pameran. Menjadi lokasi drama ‘Temperature of Love’ (2017).
- Alamat: 160-1 Seongbuk-ri, Sunseong-myeon, Dangjin, Chungcheongnam-do
- Masa operasi: 10am-6pm (Summer) 10am-530pm (winter)
- Tiket: 5,000KRW (Dewasa) / 3000KRW (Kanak-kanak, warga tua)
- Pengangkutan: Dangjin Bus Terminal (no. bus 51/ 52/ 53-1/ 53-2/ 54/ 54-1/55)> Seongbuk 2 Ri bus stop (24 hentian). Mengambil masa 38 min perjalanan.
- Website: http://amiart.co.kr (Korean)
Boryeong
The Gaehwa Art Park
Merupakan taman tema seni dengan pelbagai tarikan seperti taman bunga, rumah hijau, Fairy & Poem, Herb Land, Mosan Art Museum, Bunny Village, Hwain Music Hall dan lain-lain. Pelbagai program turut diadakan dengan bayaran berbeza.
- Alamat: 673-24, Seongjusan-ro, Seongju-myeon, Boryeong-si, Chungcheongnam-do
- Masa operasi: 9am-6pm (March-Okt) & 930am-5pm (Nov-Feb)
- Tiket: 3,000KRW (kanak-kanak), 5,000KRW (Dewasa)
- Pengangkutan: Ambil bas bernombor 809, 801, 801-1, 801-2, 800-2,813 (Deachon Train Station > Boryeon > City Hall > Coal Museum > Gaehwa Art Park) / Teksi 15 min (12,000 KRW anggaran bayaran)
- Website: http://english.visitkorea.or.kr , http://www.gaehwaartpark.com/ (Korean)
Boryeong Sky Bike
Sebelum ini hanya pernah cuba Gangchon rail park (Chuncheon) dan Jeongdongjin rail bike (Gangneung). Selepas ini pasti mahu cuba sky bike di Boryeong. Merupakan yang pertama di Korea.
Berada di Pantai Daecheon yang popular dengan Boryeong Mud Festival. Berdekatan dengan menara zipline. Perlu mengambil nombor giliran sebelum membeli tiket. Aktiviti berkayuh yang mengambil masa dalam 20 minit dengan pemandangan laut dengan perasaan tergantung (3 meter dari tanah)!
- Alamat: 123, Meodeu-ro, Boryeong-si, Chungcheongnam-do
- Masa operasi: 9am-12pm, 2pm-6pm / 10am-12pm , 2pm-5pm (Isnin tutup)
- Tiket: 22,000KRW (2 orang) , 26,000KRW (3 orang), 30,000KRW (4 orang)
- Pengangkutan: Yongsan Station > ke Sky Bike dengan teksi (17,000KRW anggaran bayaran).
- Rujukan: http://daecheonbeach.kr/ (Korean)
- Pakej: Daecheon Beach Sky Bike & Grape Picking Tour from Seoul by Klook
Nota: Turut terdapat Daecheon rail bike (berbeza denga sky bike) di Daecheon Resort [Kalau menaiki teksi pastikan sebut betul]. Sumber: http://barnabas40.tistory.com/1157 (Korean)
Asan
Asan Mediterranean Village
Turut dikenali sebagai Blue Crystal Village. Seperti namanya kita sudah agak ia perkampungan yang bertemakan Mediterranean (senibina gaya Eropah). Seperti artikel yang lepas, saya memperkenalkan perkampungan Jerman.
Lokasi yang sesuai jika kita mahu merasai suasana seperti di eropah, Santorini vibe. Terdapat kedai kopi, restoran, kedai pakaian, kedai bunga dan kedai kraf.
- Alamat: 599-14 Galsan-ri, Tangjeong-myeon, Asan-si, Chungcheongnam-do, South Korea
- Pengangkutan: KTX / Seoul subway line 1 > Asan station (exit 2) [mengambil masa 2 jam 17 min jika ambil dari Seoul Station] > bus no.777 > Tra Palace stop (25-30 min)
- Sumber: http://bus.asan.go.kr/web/main (Korean)
Oeam Folk Village
Sebuah kampung keluarga yang diasaskan oleh Ye-an Lee yang menetap di sini sekitar tahun 500 yang lalu. Terdapat 86 rumah Hanok dan rumah jerami. Aktiviti traditional turut diadakan seperti membuat tteok (rice cake), Yeot (kuih traditional), kimchi, tauhu dan kraftangan.
Turut menjadi lokasi filem:
- The Classic (2003) filem hebat dengan ost-ost popular seperti Too Painful a Love Was Not Love’ oleh Kim Kwang Seok dan ‘Me To You, You To Me’ oleh Jatanpung.
- Taegukgi: The Brotherhood of War (2004) , antara filem sejarah (perang) yang mencatat box office (69.8 juta US)
- Alamat: 13-2, Oeamminsok-gil 9beon-gil, Asan-si, Chungcheongnam-do
- Masa operasi: 9am-530pm (Summer) / 9am-5pm (Winter)
- Tiket: 1,000 KRW (kanak-kanak) , 2,000 KRW (dewasa)
- Aktiviti/program: 7,000KRW – 164,000KRW
- Pengangkutan: Asan station > Onnyang Oncheon Station (exit 1) > bus 100 /130 > Songnam Elementary School > Jalan10 minit ke Oeam Folk Village atau hentian terakhir (40 min)
- Website: http://oeam.co.kr (Korean)
- Sumber: http://english.visitkorea.or.kr, http://bus.asan.go.kr/web/main (Korean)
Foto Kredit: Wow Korea Supporters Members