Ketika ini, Malaysia menghadapi bencana banjir.
Di Twitter, isu beg kecemasan muncul semula di sosial media dan kebanyakkan berkongsi tentang infografik oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia). Bertambah apabila bantuan daripada pihak berwajib lambat sampai 2,3 tiga hari baru tiba.
Saya turut mengambil inisiatif dengan membuat infografik baharu dengan gambungan beberapa sumber seperti Met Malaysia, Public Health Malaysia, Redcross.Org dan Ontario.Ca
Apa yang perlu ada dalam beg kecemasan?
Senarai-senarai yang perlu ada dalam beg kecemasan. Ada yang penting, utama dan terletak juga kepada keperluaan masing=masing. *Turut disertakan link affiliate belian.
Dokumen penting
- IC, passport , insurans, atau geran yang disimpan dalam fail kalis air.
- versi fotokopi amat membantu.
- wang tunai.
Pelindungan
- baju. Versi cepat kering
- seluar
- baju hujan
- tuala mikrofiber (sejenis fabrik yang menyerap air dan cepat kering). https://shp.ee/t55r2bh
- selimut kecemasan https://shp.ee/bmumnch
- sarung tangan
- stokin
- kasut
Beg
- backpack kalis air. https://shp.ee/p8qtjez
- terdapat beg yang boleh dijadikan pelampung. https://shp.ee/2mptqxz
- beg yang mempunyai banyak kompartmen memudahkan simpan dan ambil serta organize.
Komunikasi
- smartphone
- powerbank (kini terdapat 4 in 1 type) https://shp.ee/mu34e2h
- universal fast charger https://shp.ee/7ut828h
Lampu
- lampu suluh (bateri /usb) https://shp.ee/sgmy73h
- bateri tambahan (pastikan jenis bateri yang betul)
Pisau dan api
- pisau lipat poket serbaguna. https://shp.ee/iua5yqz
- dapat membuka makanan tin, memotong bahan mentah dan 101 kegunaan.
- ferro rod (alat pencetus api). Lebih baik dari mancis dan pemetik api ketika basah. https://shp.ee/gamhy4h
Peti kecemasan
- First Aid peti atau beg. https://shp.ee/gmatheh
- ubat-ubatan peribadi (bagus kalau dapat selitkan fotokopi sejarah perubatan).
Keselamatan
- survival Whistle https://shp.ee/3w8hkbh
- diperlukan untuk meminta pertolongan.
- turut juga boleh menjauhkan dan menakutkan haiwan seperti anjing.
Radio
- radio mini https://shp.ee/zrgftnz
- kini terdapat radio tanpa bateri.
- untuk mengetahui siaran awam , amaran dan berita semasa (lokasi selamat, bantuan tiba)
Makanan
- jenis makanan kering
- tahan lama
Minuman
- air botol
- Termos (sesuai untuk menyimpan air panas). https://shp.ee/ascwtbz
- terdapat bekas air yang penutupnya boleh dijadikan cawan.
Kit penjagaan diri
- pelitup muka. https://shp.ee/xgpk7yh
- beg kebersihan diri.
Nota
Sesuaikan kit mengikut keadaan
Beg kecemasan mempunyai asas yang sama tetapi berbeza bagi setiap orang. Wanita memerlukan isi yang berbeza berbanding lelaki. Beg kecemasan keluarga besar berbeza dengan beg kecemasan bujang. Bagi yang ada haiwan peliharaan tentulah perlu ada beg kecemasan khas untuk haiwan.
Persediaan cukup untuk 3 hari
Kenapa perlu untuk 3 hari dan bukan seminggu? Beg kecemasan bukan survival bag. Seperti namanya, beg kecemasan digunakan semasa keadaan cemas atau tiba-tiba bencana datang. Ia merupakan bantuan awal untuk diri dan keluarga dalam masa 24 ~72 jam sementara menanti bantuan tiba.
Survival bag lebih kepada tersesat di hujan, terperangkap dan sukar mendapat bantuan segera atau berada di kawasan yang kekurangan benda dan keperluan.
Beg kecemasan jenis yang ‘grab and go’. Ia perlu compact dan kalau boleh ringan supaya mudah dibawa dan bebas bergerak. Bencana tertiba datang > terus ambil beg > keluar selamatkan diri.
Kemas kini 3 kali setahun
Kemas kini beg kecemasan ini terpulang kepada individu. Ada yang dua kali setahun ada yang tiga kali setahun ada yang kerap. Terutama dari segi makanan untuk mengelak tarikh luput, tambahan keperluan atau kurangkan isi beg dan update produk bantuan yang lebih terkini dan sesuai. Seperti baju cotton tukar baju cepat kering. Teknologi telefon pintar dan radio mini.
Doakan kita semua dilindungi dari bala bencana. Dipermudahkan segala urusan. Amin.