Suncheon Bay National Garden merupakan taman buatan terbesar di Korea (sebesar 150 stadium bola sepak). Terdapat pelbagai taman di dunia (11 negara) seperti Korea, Thailand, China, Jepun,Italy, Turki, Jerman dan Belanda.
Semasa membeli tiket Suncheon Bay Wetland Reserve, disertakan sekali tiket Suncheon Bay National Garden. Semestinya ia tempat yang perlu pergi. Lagipun ia terdapat dalam itinerari Suncheon City Tour bus.








Dimana-mana Foto zon





Lokasi Running Man
Ya. Merupakan salah satu lokasi Kvariety Running Man episod 230. Mereka melakukan misi Suncheonman Bay Relay Race di Suncheon Lake Garden. Mereka perlu berlari dan pass baton. Pelari terakhir perlu lakukan misi individu supaya menang.




Battle Trip ‘I.O.I’
Turut menjadi lokasi rancangan travel Korea ‘Battle Trip’ episode 89. Di mana bekas kumpulan I.O.I iaitu Mina (Gugudan) dan Yoo Jung (Weki Meki) jelajah Jeollanamdo dan menjadikan Suncheon Bay National Garden sebagai salah satu destinasi mereka.
The Dream of Bridge

Dream Bridge direka oleh artis Kang Ik-joong. Dibina mengunakan 30 kontena dengan dinding luaran bertulis hangul dan di dalamnya dilukis oleh 140,000 kanak-kanak dari 16 negara.



Info:
- Alamat: 47, Gukgajeongwon1ho-gil, Suncheon-si, Jeollanam-do
- Masa operasi: 8:30 ~20:00
- Tiket: Dewasa KRW8,000 / Remaja KRW6,000 /Kanak-Kanak KRW4,000
- Sightseeing bus: Dewasa KRW3,000 / Remaja KRW2,000
- Website: http://www.scgardens.or.kr/ / http://english.visitkorea.or.kr
Nota/ Tip
- Saya mengunakan khidmat Suncheon City Tour bus untuk ke sini.
- Tiket dapat dengan harga diskaun kerana mengunakan Suncheon City Tour bus.
- Taman sungguh besar dan luas. Kami diberikan masa dua jam. Tetapi rasa tidak cukup!
- Sudah namanya taman bunga. Sesuai datang pada musim bunga dan musim panas. Kami sini pada musim luruh masuk musim sejuk. Jadi suasana agak kuning kecoklatan dan mendung selain sejuk.