Menginap di Yeosu dan juga minat dengan drama/variety Korea membuatkan saya mahu singgah ke Suncheon Open Film Location yang terletak di Suncheon. Tengok peta nampak dekat.
Yeosu-Expo Station > Suncheon Station
Kami menaiki KTX dari Yeosu-Expo Station ke Suncheon Station. Perjalanan mengambil masa 20 minit dengan harga 8,400 Won (RM30) sehala.
Suncheon City Tour bus berada berhampiran dengan stesen dan berdekatan dengan bangunan Tourist Information.
Suncheon City Tour bus
Disebabkan pertama kali ke sini dan tidak biasa dengan bas-bas di Korea. Lebih mudah memilih tour bus yang disediakan. Kekurangnya hanya pada masa yang diberikan bagi setiap tempat yang dilawati.
Tiket boleh dibeli di dalam bas. Berharga KRW5,000 (RM18) seorang.
Waktu kami ikuti program ini, selain kami terdapat dua pasangan suami isteri tua dan seorang pemuda. Tour guide turut menanyakan kepada kami lokasi yang kami ingin pergi dan berbincang tentang tempat terakhir Weon Beach.
Saya ikutkan tidak kisah tetapi kalau tidak pergi pun tidak mengapa. Rupanya kita boleh juga berpindah bas yang kedua. Kerana ada juga yang mahu terus pulang. Matlamat saya memang ingin jejak tiga tempat sahaja. Iaitu Suncheon Bay Wetland Reserve, Suncheon National Garden , dan Suncheon Open Film Location.
Setiap hari hanya terdapat dua bas (jenis tour pendek) bagi dua waktu yang terdapat pada jadual. Tidak beroperasi pada hari Isnin.
Tempat 1 # Suncheon Bay Wetland Reserve
Tiket perlu dijaga baik kerana digunakan untuk dua tempat iaitu Suncheon Bay Wetland Reserve dan Suncheon Bay National Garden.
Harga tiket diskaun untuk dewasa kerana ikuti bus tour. Menjadikan KRW5,000 (RM17) seorang berbanding KRW8,000 (RM28).
Discover Korea Your Way (DKYW) 2019 boleh digunakan di sini.
Ketika di sini, saya terlepas peluang hendak ke Yongsan Observatory (tempat untuk melihat keseluruhan taman seperti S-shape river dan reed beds circular shape) kerana tidak tahu letaknya dan mengambil masa sejam pergi dan balik dengan berjalan kaki. Jika kembali, pasti saya akan pergi!
Baca lanjut: Suncheon Bay Wetland Reserve – Padang Lalang Terbesar dan Tercantik di Korea
Info:
- Alamat: 513-25, Suncheonman-gil, Suncheon-si, Jeollanam-do
- Masa Operasi: 8:00~ 19:00
- Tiket: Dewasa KRW8,000 / Remaja KRW6,000 / Kanak-kanak KRW4,000.
- Website: http://www.suncheonbay.go.kr/ (Eng)
Tempat 2 # The Suncheon National Garden
Suncheonman National Garden merupakan taman buatan landskap terbesar di Korea. Terdapat pelbagai tema taman negara di sini seperti negara Korea, China, Jepun, Itali, Belanda dan lain lagi.
Melepasi gerbang masuk taman ini akan menampakkan Suncheon Lake Garden. Rancangan variety ‘Running Man’ ada buat di lokasi ini.
Baca lanjut: Suncheon Bay National Garden – Taman Buatan Terbesar di Korea
Info:
- Alamat: 47, Gukgajeongwon 1ho-gil, Suncheon-si, Jeollanam-do
- Masa Operasi: 9:00 ~ 20:00
- Tiket: Dewasa KRW8,000 / Remaja KRW6,000 / Kanak-kanak KRW4,000.
- Website: http://garden.sc.go.kr (Eng)
Tempat 3 # Suncheon Open Film Location
Suncheon Open Film Location / Drama Film Set seperti namanya merupakan sebuah kawasan lokasi perfileman untuk genre kisah zaman era 60an ~ 80an dengan lebih 200 rumah/ bangunan.
Beberapa drama dan filem yang pernah melakukan pengembaraan di sini antaranya Sunny (2008); Bread, Love and Dream (2010); A Werewolf Boy (2012); Gangnam Blues (2015); The Light In Your Eyes (2019) dan rancangan variety Korea ‘Running Man’ episod 116. Juga muzik video Monsta X (2016).
Tiket berharga KRW1,500 (RM5) seorang (diskaun kerana ikuti bus tour). Harga sebenar KRW3,000 (RM10) untuk dewasa.
Kerana ikuti bus tour, mempunyai masa terhad di sini. Tidak sempat menyewa baju sekolah retro.
Tempat wajib ambil gambar. Replika perkampungan lama Daldongnae.
Baca lanjut : Suncheon Open Film Location – Peminat Kdrama Patut Datang
Info:
- Alamat: 24, Biryegol-gil, Suncheon-si, Jeollanam-do
- Masa operasi: 9:00-6:00
- Tiket: Dewasa KRW3,000 / Remaja KRW2,000 / Kanak-kanak KRW1,000.
Rujukan
- https://www.suncheon.go.kr/kr/ (Korean
- https://www.suncheon.go.kr/tour/ (Korean)