Mohon kenalkan diri dan perniagaan anda ?
Nama saya Mohd Hanafiah bin Mohd Yusoff, selaku design director (pengarah reka bentuk dalaman ) bagi syarikat I & I Interior, berlokasi di Ampang, Kuala Lumpur. Kami sudah bermula operasi dalam industri reka bentuk dalaman ini sejak tahun 2005 sehingga sekarang.
Apakah perkhidmatan yang disediakan I & I Interior?
Kami menyedikan perkhidmatan design & built, design consultant dan juga kerja-kerja sivil (kontraktor) yang mudah. Contoh, renovasi tandas. Kerja ini dalam kategori basah (wet work) dan extension work (kerja-kerja yang tidak melibatkan perlunya submit plan).
Apakah inspirasi gaya dan proses rekaan I & I Interior?
Kami mengekalkan konsep-konsep kemelayuan. Contoh, konsep Melayu Kontemporari. Dengan memasukkkan elemen-elemen kayu dan warna-warna alami.
Proses rekaan pula, pertama kali kita kena perlu tanya kehendak klien, apa requirement klien? Apa yang klien inginkan kita mesti tahu sebagai pereka bentuk dalaman. Selepas kita tahu apa klien mahu , kita lakukan site visit dan laksanakan semula apa yang klien inginkan dan pastikan ia tidak tersasar.
Apakah nasihat anda kepada pemilik kediaman yang baru berpindah dan ingin mula menghias dengan bajet yang terhad?
Nasihat saya, pemilik baru perlu hasilkan senarai apa yang ingin dihias dalam kediaman mereka.
Contoh, apartmen yang mempunyai keluasan 900-1200sqf. Kebarangkalian untuk melakukan renovasi, satu ia mempunyai ruang yang terhad dan kedua, masa untuk renovasi kena ikut peraturan. Kerana apartmen ada peraturannya, pukul 9.00 pagi sehingga 4.30 petang sahaja boleh dilakukan renovasi. Kami sebagai perunding perlu merancang masa renovasi.
Salah satu peraturannya , sebelum kami hendak buat renovasi, pemilik kediaman perlu buat bayaran atau submission plan kepada management dengan ada bayaran (fee) sebelum memulakan kerja-kerja renovasi.
Pemilik apartmen kena ambil tahu perkara ini. Kerana ada klien tidak perasan akan peraturan ini.
Bagaimana pula dengan rumah teres?
Rumah teres tiada masalah. Ini untuk pemilik-pemilik apartmen atau kondominium yang mengunakan khidmat maintenance. Sebab mereka berkongsi lif, kolam renang dan lain-lain. Kesannya nanti dari segi masa dan bayaran-bayaran (fee) tadi.
Sebenarnya, yang paling penting bagi rumah baru ini ialah dapur. Kita siapkan dapur dahulu. Selepas itu, baru kita pergi ke perkara-perkara lain seperti cat. Kita cat dari siling dahulu, kemudian dinding dan seterusnya.
Kenapa dapur?
Kita ambil pepatah Melayu. Kalau ada rumah tetapi tiada dapur,tidak gunalah. Maknanya dapur tidak berasap. Itu pentingnya dapur ini.
Bagaimana pula dengan dapur yang sudah sedia ada?
Kita sebagai orang muslim, kita perlu samak dapur, kalau kita beli rumah terpakai. Kalau rumah baru yang sediakan pakej dapur, tiada masalah.
Mungkin pemilik asal kita beli daripada Melayu. Tetapi, kita tak tahu pemilik sebelum-sebelum ini. Dapur yang sudah sedia ada penyedut asap (hood), tempat masak dan peti ais yang ditinggalkan. Apabila kita semak dengan agen, ini rumah Cina. Kita tidak tahu dan sebagai muslim, perkara-perkara ini perlu diambil tahu.
Berapa bajet minimum dan berapa lama masa diambil untuk renovasi rumah?
Bajet untuk kediaman bergantung kepada senarai (skop kerja yang ingin dibuat). Contohnya apartmen. Asasnya kita hendak cat, hendak buat langsir dan kabinet dapur. Tiga perkara ini, memperlihatkan rumah kita sudah nampak lengkap.
Almari dan sofa, kita boleh beli siap, sebab ia jenis loose furniture. Benda yang sudah ada di rumah yang kita betul-betul nampak siap ialah cat, langsir dan dapur. Rumah itu sudah nampak siap walaupun kita tidak mempunyai sofa sekalipun, tiada masalah. Kita ada TV, ada karpet, sudah boleh duduk.
Bajet minimumnya, katakanlah painting work DIY (buat sendiri) lebih kurang seribu lebih dan tidak sampai dua ribu. Kalau kita upah orang, harga boleh jadi berganda iaitu empat ribu. Bagi langsir, ia bergantung kepada selera pemilik. Contoh, kita pilih jenis medium, tidak sampai dua ribu. Untuk dapur pula, jenis apartmen. Besarnya dalam 5 X 7 atau 7 X 4 (bagi yang tiada dapur dan kabinet) dalam anggaran bawah sepuluh ribu. Bezanya dari segi material dan kemasan.
Kalau tiga ini (cat, langsir & dapur) sahaja mengambil masa dalam sebulan, inipun sudah dikira lambat. Sebab apa, painting work menjadi lancar kalau rumah itu kosong dan boleh siap dalam seminggu. Kerana tiada perabot, tiada barang untuk dialihkan dan apatah lagi untuk melindunginya.
Sewaktu kerja-kerja mengecat bermula, kita sudah boleh menempah langsir. Langsir pula boleh siap dalam seminggu. Siap sahaja kerja mengecat, kita sudah boleh menggantungkan langsir. Masa cat itu juga, kita juga boleh menempah dapur kabinet (dua minggu atau tiga minggu paling lewat). Installation dalam satu atau dua hari. Total lebih kurang tiga atau empat minggu siap.
Kesilapan yang dilakukan pemilik rumah ketika menghias rumah?
Kebanyakkan pemilik mahu hias rumah tetapi tidak mengikut konsep. Contoh, ruang tamu mahu warna ini, tiba-tiba dekat dapur warna ini, di bilik warna ini. Bila kita masuk kediaman akan jadi seperti tadika yang warna-warni.
Kedua, terlalu ambition dalam pemilihan lampu. Iaitu lampu jenis decorative lighting. Pemilik rumah selalu ada masalah ini. Apabila kami mengatakan chandelier. Pemilik sudah terfikirkan yang ada batu-batu Swarovski dan yang mahal-mahal. Tetapi tidak kena konsep.
Perkara ini perlu kembali kepada konsep dekat perabot, langsir dan color scheme. Perabot kalau tidak ikut konsep, habis. Takut bakal menjadi rojak.
Apakah tip dekorasi yang boleh dikongsikan kepada pembaca H.A yang ingin mula hias kediaman?
Pertama sekali, kenal pasti apa kita punya warna idaman. Set di kepala kita mahu warna biru, daripada biru kita olah lagi, dan biru ini kita boleh padankan dengan warna apa? Contoh, konsep blue and white. Daripada situ, kita olah sampai sesuai dengan konsep idaman berdasarkan warna tersebut.
Contoh lain, konsep English. Kita mahu terapkan konsep English dalam rumah. Maknanya daripada A-Z, konsep English. So, kita kena betul-betul faham apa itu konsep English, apakah elemen-elemen English style? Kita kaji dahulu. Banyak rujukan seperti majalah dekorasi yang boleh dirujuk.
Apakah projek terbaru I & I Interior?
Pada masa ini, kami sedang tumpu dengan design consultant untuk menaiktaraf Unit Perolehan DBKL (bahagian lobi, front counter dan bilik penstoran). Selain itu, sebuah banglo di Shah Alam Seksyen 7 yang mengunakan konsep English style.
Terbaru, kami baru sahaja handover sebuah butik muslimah yang berada di Wangsa Melawati. Boleh pergi melawat, nama kedai itu ialah butik D’yana. Butik itu, kami serapkan konsep-konsep muslimah.
Bagi pembaca H.A yang berminat melantik anda, apakah prosesnya?
Mudah sahaja. Telefon saya di talian 019 225 9020 . Syarikat kami ini jenis mobile. Saya boleh turun dan berjumpa dengan klien secara terus ke rumah. Sampaikan servis untuk mencari barang-barang fitting pun kami boleh bawa sekali klien dan pergi membeli bersama-sama.
Foto kredit : I & I Interior
assalamualaikum
berapa anggaran harga utk hiasan dalaman ruang tamu dan dapur?
hello..boleh berikan definisi untuk reka bentuk hiasan dalaman tadika..definisi atau konsep…