Teori dalam MV NewJeans ‘Ditto’ dan ‘OMG’

Selepas kejayaan demi kejayaan NewJeans dengan lagu Attention dan Hype Boy. Mereka kembali semula dengan lagu Ditto dan OMG.

Kali ini, bukan lagu yang menarik perhatian peminat seluruh dunia tetapi muzik video mereka yang berkonsepsual dengan mempunyai makna mendalam, tersirat dan kadang merasa seram sejuk dibuatnya terutama Ditto kerana mengunakan teknik rakaman old school.

Ditto

NewJeans ‘Ditto’ Official MV (side A)

Dua muzik video (Side A & Side B) dengan latar belakang sekolah. Seorang pelajar (dilakonkan oleh aktres Park Jihu dari All of Us Are Dead) merakam video lima ahli NewJeans yang melakukan pelbagai aktiviti seperti menari dalam kelas, di bumbung, di dewan dan di koridor. Kemudian, masuk bahagian kedua di mana hanya pelajar merakam video tanpa ada NewJeans. Bertemu cinta, dilakonkan oleh Choi Hyun Wook (Twenty Five Twenty One). Berjalan keseorangan dan berdua.

Walaupun terdapat pelbagai teori daripada peminat K-pop. Teori hubungan antara fandom dan idol rasanya lebih tepat.

Pelajar yang merakam video merupakan peminat NewJeans yang digelar sebagai fandom Bunnies (Tokki) kerana nama pelajar tersebut ialah Ban Heesoo (berbunyi bunny). Terlihat juga di dalam kotaknya kelihatan patung arnab putih. Merakam mereka seperti kita merakam dan mengambil gambar idol. Mengubat luka atau kekosongan dengan idol (NewJeans menconteng lengan balutan simen Heesoo). Menutupi kesedihan bersama idol (scene masa hujan).

Mengikuti perkembangan NewJeans (comeback, concert etc), aktiviti mereka (dance , mukbang, vlog, reality show etc) dan berbual bersama mereka (fanmeeting). Ia seperti mewakili imaginary friends. Hanya kita sebagai peminat yang nampak, orang lain tak nampak kecuali rakan yang sama minat dengan kita.

Kemudian dalam kehidupan, kita jumpa cinta (love interest). Bertemu realiti (luka dan kesedihan) dan menjadi dewasa. Sibuk dalam dunia kerja sehingga menjauh dan tiada masa untuk mengingati atau mengikuti perkembangan idol. Penutup video menunjukkan kita kembali rindu dan terkenang memori zaman ketika remaja yang mengisi kekosongan dengan meminati idol.

Rujukan :

Apa simbolik rusa dalam MV?

Screenshot from Ditto Side B HYBE Labels Youtube

Rusa dalam bahasa Korea disebut Gorani atau Korean Water Deer. Dari sudut berlainan agama terdapat pelbagai makna seperti keabdian, penyucian, keanggunan, kebahagian dan represent together. Rusa turut simbolik dengan regenerasi. Tanduknya boleh tercabut/patah dan tumbuh semula.

Bertemu rusa atau muncul dalam mimpi. Membawa erti untuk belajar sesuatu daripada kebijaksanaan mereka. Seperti memerlukan menyembuhkan atau membuka hati anda untuk sesuatu. Jadi rusa boleh hadir kepada anda jika anda telah terluka dan hati anda perlu dirawat.

OMG

NewJeans ‘OMG’ Official MV

Muzik video memaparkan ahli NewJeans berada dalam hospital psikiatri. Bermula dengan doktor? Dilakonkan oleh Kim Joo-Hun (Dr. Romantic). Setiap ahli memilik persepsi berbeza tentang diri.

Hanni sebagai iPhone & Siri (berpakaian seperti Steve Job). Keliru tentang siapa dirinya sebenar berbanding apa yang dikatakan orang. Akhirnya dia mendapati dirinya wujud untuk pengguna/ peminat.

Minji tidak mengaku sebagai pesakit tetapi sebagai doktor ( seperti membantu ahli dan dirinya sebagai ketua NewJeans). Walaupun Minji paling tua, setakat ini tiada posisi tetap dalam NewJeans kecuali maknae Hyein.

Hyein dalam dunia cerita dongeng dan novel (sindrom watak utama dan sindrom puteri. Sebagai maknae yang selalu dijaga dan diutamakan). Cerita yang tersenarai dalam bukunya seperti La Boum, Cinderella, Subway, The Little Match Girl, Snow White, Sleeping Beauty dan The Revenant.

Haerin sebagai kucing ( ahli dan peminat menganggap rupa Hyein seperti kucing).

Danielle percaya mereka sebagai NewJeans dan menyedarkan yang lain sehingga melakukan “breaking the fourth wall” dengan mereka sedang melakukan pengembaraan muzik video.

MV berakhir dengan cameo pelukis webtoon artist Lee Mal Nyeon yang mengambil lukisan Haerin dan membayangkan dalam bentuk animasi.

Penutup selepas kredit. Haters? Yang menulis “am i the only one uncomfortable with this music video’s material? Just show their faces and dance. Ia seperti kita yang menulis dibahagian komen video atau gambar idol. Ada yang baik positif dan ada yang negatif sampai menghina/buli siber.

Geniusnya terdapat scene tarian OMG dalam Ditto. Jadi, adakah ia berkait? Ya seperti hubungan peminat dengan idol dalam MV (Ditto) dan idol dengan peminat dalam MV (OMG).

Tidak sabar menanti lagu mereka seterusnya!

Hazlam Anuar

Penulis, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan ' Miss Princess Hanbok (2022)', 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *