Trend Warna Kediaman 2012

Lagi beberapa hari lagi kita akan memasuki tahun baru, tidak sabar rasanya. Pada masa ini, kita pasti memasang azam tahun baru atau menambah senarai azam yang ingin dicapai tahun depan.

Apa azam tahun baru anda? Ubah warna dinding kediaman atau menukar hiasan dekorasi untuk mengubah selera setelah bertahun-tahun hiasan dekor rumah sama sahaja, jemu rasanya.

Minggu terakhir tahun 2011 ini, H.A ingin kongsikan warna trend bagi tahun 2012. Setiap tahun warna trend bagi kediaman sentiasa berubah mengikut waktu, keadaan dan kaji selidik. Oleh itu, apakah warna trend bagi tahun 2012?

Pantone, pakar autoriti warna terkenal dunia dan menjadi sumber inspirasi warna bagi industri reka bentuk mengumumkan warna ‘Tangerine Tango’ sebagai warna tahun 2012 yang menarik dan riang. Kata pengarah eksekutif Pantone Color Institute,  Leatrice Eiseman,

“Sophisticated but at the same time dramatic and seductive, Tangerine Tango is an orange with a lot of depth to it,”

Tahukah anda yang warna juga mempunyai kesan pada diri kita? Menurut buku The Complete Color Harmony  , warna psikologi bagi warna jingga ini mewakili sifat periang, bertenaga dan aktif. Disebabkan itu, ia menjadi pilihan ibu bapa untuk mewarnakan bilik kanak-kanak dan remaja dengan warna jingga.

Bagi memberikan anda idea penggunaan warna jingga pada interior kediaman anda, saya senaraikan beberapa gambar sebagai inspirasi. Warna jingga boleh digunakan sebagai feature wall atau pada aksesori hiasan seperti pasu, kushion langsir dan sebagainya.

Di kesempatan ini juga, H.A ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada pembaca yang mengikuti perjalanan blog H.A ini. Terima kasih, semoga segala hajat dan impian kita pada tahun 2012 akan tercapai, Insha-Allah.

Kredit gambar yang diambil dari Flickr (pantone , 45936576@N06, 16863012@N06, pkmousie, thesugarmonsterdenslee )

Hazlam Anuar

Penulis, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan ' Miss Princess Hanbok (2022)', 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?

9 Comments

  1. salam sejahtera dan selamat malam…. minta pendapat saudara tntang perabot yang ringkas tapi menarik serta jenis2 lampu dan yang sesuai untuk bilik yg ruang nya kecil.. untuk bilik remaja… terima kasih:)

    • Contoh perabot ringkas seperti perabot IKEA (http://www.ikea.com/my) dan lampunya yang sesuai dengan ruang kecil. Jika bukan tinggal di KL/Selangor. Jadikan perabot IKEA ini sebagai inspirasi atau idea untuk memilih perabot dan lampu yang seakan sama. Selalunya perabot yang ringkas berbentuk bersegi/ petak dan tiada perincian seperti kerawang/perabot jati.

  2. Salam.nk tnya pendpt jer?rumah sy teres dua tgkat low cost.nk tau warna ape yg sesuai tok future wall hall yg ada ruang bwh tangga.hall sy smbg dgn ruang mkn dan ada sofa l shape dn mja mkn 6 seat.masuk pintu rumah,kiri sofa tv sy ltk bwh tgga,sesuai tak?

    • Susun atur perabot selagi tidak mengganggu pergerakan kita, itu sudah baik.
      Bagi feature wall, pilih warna yang kita suka. Ikut psikologi – kuning (welcoming feel) , jingga (exciting feel), hijau (relaxing feel).

  3. salam.
    sy nak minta pendapat…sy akan mendirikan rumahtangga tak lama lagi…dan ruang bilik tidur adalah kecil…adakah sesuai jika saya menggunakan tema purple untuk hiasan bilik tidur tersebut…perabot didalam bilik seperti katil,almari baju dan meja solek brwarna dark brown…

  4. Salam..nk mi tak pendapat apakah cat dinding luar yang sesuai untuk rumah yang atap berwarna grey gelap. Bingkai tingkap dan pintu semua kayu dan pagar beranda dan tangga jugak kayu. Bahagian atas setiap beranda ada jaring kayu jugak. Semua bah kayu dicat dengan warna dark brown…tqvm

  5. I nak buat 3D utk ruang yg luas tp nak letak penghadang utk divide jd 2 ruang 1)utk ruang tv n 1 utk dining..mcmana..bolr i bg gambar kediaman yg akan di deco..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *