Setiap kali tengok rancangan-rancangan Korea, ayam goreng menjadi kegemaran dan keterujaan. Sehinggakan restoran Korea, fast food franchise, gerai menghasilkan / membawa ayam goreng seperti:
- Ayam Goreng Pedas Manis (Dakgangjeong)
- Ayam Goreng Pedas Bawang (Kkanpunggi)
- Ayam Goreng Madu
- Ayamg Goreng Soya
- Ayam Goreng
Bagaimana kalau kita berpeluang menghasilkannya?
Jom ke taman tema ayam terbesar dan pertama di Korea. Terletak di Daegu, iaitu Ttang Ttang Land.
Ttang Ttang Land
Chicken & Burger Experience
Di sini kami mengikut program menghasilkan ayam goreng (mencampur bahan perapan sehingga. Gorengan dilakukan oleh pihak mereka ) dan membuat burger.
Sementara menunggu ayam selesai digoreng, kami melakukan aktiviti kedua iaitu membuat burger. Mudah sahaja aktiviti ini, hanya ikuti langkah-langkah seperti roti > daging ayam > sayur > sos > roti > bungkus.
Nota
Bagi saya yang Muslim tentulah tidak memakannya (dengan memahami ia tidak disembelih dengan cara Islam). Pengurus kami membantu membelikan Lotte Shrimp Burger. Saya yang jenis suka ayam goreng hanya dapat bersabar dan menahan diri. Sedihnya.
Cara Ke Sini
- Aktiviti: Chicken experience (16,000KRW) / Chicken & burger experience (20,000KRW). 90 minit program.
- Alamat: Palgongro 220-2 Dong-gu, Daegu Metropolitan City
- Telefon: 053-721-7599
- Website: http://codd.pay.biz/ (urlnya begini ya)
- City bus. Express 1 / 101 / 101-1 / 401 / Palgong 1 / Palgong 2 . Turun di depan Textile and Fashion CAmpus of Korea Polytechnics atau turun melintas dari Bullo Roman Catholic Church (5 minit berjalan).
- Subway. Turun di Ayanggyo Subway Station Line 1 (Exit 2) > bus Express 1 / 101-1 / 401 / Palgong 1 / Palgong 2
- Ayanggyo Station DAegu Line 1 (Exit no. 2) > bus 401 (8 stops) > Bullodong Ancient Tombs > 5 min walk > Chicken Experience Theme Park Ttang Ttang Land.
Rujukan
Brosur Ttang Ttang Land , http://codd.pay.biz/ , http://www.daegu.go.kr ,