Virtual360 Konnect
Virtual360 Konnect – Emerging Arts Leaders Residency Series adalah inisiatif pertukaran budaya dan meningkatkan keupayaan kapasiti secara online yang dibangunkan oleh Asia-Europe Foundation (ASEF) dan ASEAN Foundation.

Dalam tempoh satu bulan, 20 pengiat seni dari Korea dan 6 negara di rantau ASEAN (Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Myanmar, Filipina dan Singapura) akan berkolaborasi secara berpasangan dengan tema pertukaran budaya antarabangsa dalam zaman Covid-19 ini. Setiap pasukan akan berkongsi kisah mingguan mengenai proses kreatif & kolaboratif mereka.
Para Peserta

10 pasangan artis (pelbagai bidang seni ) terpilih iaitu 10 peserta dari rantau ASEAN dan 10 peserta dari Republik Korea akan mengikuti program Virtual360 Konnect virtual residency series.

Progress
Segala perkembangan dan proses kreatif kolaborasi 20 peserta boleh didapati di IG Culture360_asef
Rujukan/Maklumat tambahan
- Website: https://culture360.asef.org/
- Instagram: https://www.instagram.com/culture360_asef/