Yang Man-Chun, Kapal Pembinasa Korea Selatan singgah di Malaysia

Mendapat jemputan daripada Korean Embassy in KL sebagai 2023 Korean Embassy Online Supporters. Terus saya menerimanya kerana ini pertama kali saya melawat sebuah kapal perang/pembinasa dan juga pertama kali saya ke Port Klang Cruise Terminal di mana kapal ini melabuh.

Kehadiran sebuah kapal Yang Man-Chun (DDH-973) ke Malaysia untuk menambah bekalan dan kerjasama ketenteraan laut antara ROKS Navy dan TLDM. Mereka berada di laut selama enam bulan (SK – Middle East – Malaysia – Vietnam – SK).

Yang Manchun

Sedikit sejarah nama kapal ini. Ia berasal dari nama Yang Manchun , komander Goguryeo Ansi Fortress pada tahun 640an. Kubu Ansi terletak di sempadan Goguryeo-Tang (Haicheng, Liaoning, China) Beliau menyelamatkan kerajaan Goguryeo dengan keengganannya untuk menyerahkan kubu dalam pertempuran 88 hari dengan pasukan Dinasti Tang yang seramai 500,000.

Pernah dijadikan beberapa filem antaranya seperti The Great Battle (2018) yang dilakonkan oleh Zo In-sung.

Yang Man-Chun (DDH-973)

Kapal ini dirasmikan pada tahun 1998 (aktif sehingga kini). Jenis dan kelas dalam kategori Gwanggaeto the Great-class destroyer. Bersaiz sederhana dengan kapasiti 200+ krew.

Saya ini bukanlah tahu atau pakar dalam industri kententeraan. Cuma rasa kagum melihat luar dan dalam (di larang mengambil gambar dan video) kapal pemusnah ini. Memang teringat filem dan drama berkaitan military.

2023 Korean Embassy Online Supporter with PIC
Yang Man-Chun pilot crew
Korean Embassy staff, 2023 Korean Embassy Online Supporter & Bernama

Sumber : KoreanEmbassyKL

Hazlam Anuar

Penulis, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan ' Miss Princess Hanbok (2022)', 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *