Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pastinya anda menantikan tip-tip dekorasi terbaru daripda H.A kan. Minta maaf kerana kesihatan H.A belum pulih 100 peratus setelah tiba di tanah air. Untuk pengetahuan, pada 5 Februari sehingga 18 Februari yang lepas, H.A berada di Madinah dan Makkah bagi mengerjakan umrah. Sebab itu senyap sahaja selama dua minggu di blog dan di Facebook H.A ini.
Ketika di sana, H.A dapat melawat ke tempat-tempat bersejarah seperti Jabal Uhud, Jabal Rahmah, ladang kurma, ladang ternakan unta, mendaki Jabal Nur untuk melihat Gua Hira’, Muzium Haramain, Zam-Zam Tower dan menziarahi rumah-rumah Allah seperti Masjid Quba, Masjid Qiblatain (dua kiblat), Masjid Nabawi (Maqam Rasulullah SAW dan Raudhah), Masjidil Haram dan Kaabah, Masjid Bir Ali (bermiqat umrah pertama), Masjid Ja’ranah (bermiqat umrah kedua), Masjid Taneem (bermiqat umrah ketiga untuk arwah bapa).
Pada masa yang sama, H.A tidak melepaskan peluang melihat senibina, hiasan dalaman dan aksesori di sana. Memang memberikan inspirasi.
P/S H.A doakan pembaca-pembaca blog dapat berkunjung dan ziarah ke tanah suci bagi mengerjakan ibadah umrah dan haji, amin.
Salam, SubhanALLAH tuan, saya amat merindui untuk menjejakkan kaki ke tanah suci. InsyaALLAH saya akan pertama kali ke tanah suci pada awal Ramadhan tahun ni.
Ameen dan Alhamdulillah. Doakan semoga segalanya dipermudahkan.