Magik Ruang Sempit Nampak Luas

 

Hari ini, H.A ingin kongsikan empat magik (ilusi mata) yang boleh kita gunakan untuk menampakkan ruang yang kecil sempit nampak lebih luas.

Magik Tertutup Tetapi Terbuka

Bagi kediaman yang memiliki open plan seperti dapur yang terbuka dan ruang tamu dan ruang makan di sekalikan tanpa dinding pemisah, rekaan itu sudah menampakkan ruang itu luas dan terbuka.

Ruang terbuka- open plan

Bagaimana bagi kita yang tidak memiliki ruang open plan tersebut?

Pernahkah anda ketika ingin mengadakan open house, semua perabot dan meja kopi dirapatkan ke dinding untuk memberikan ruang tengah menjadi luas. Konsep sama apabila ingin menampakkan ruang menjadi luas, pastikan tiada yang menghalang mata anda dari kiri ke kanan atau depan ke belakang.

Elakkan meletak  perabot atau hiasan yang tinggi dan besar di tengah-tengah ruang, ini menghalang pemandangan keseluruhan ruang. Keluasan boleh di tambah pula dengan penggunaan fabrik langsir jenis sheer yang membenarkan sebahagian cahaya matahari memasuki kediaman anda.

Magik Jalur yang Berulang

 

Cat atau wallpaper bercorak jalur

Cat amat membantu memberikan kesan perubahan yang drastik dalam ruang kediaman. Untuk memberikan kesan ilusi luas, cat garisan jalur secara melintang (ilusi ruang nampak lebar) atau cat garisan jalur secara menegak (ilusi ruang nampak tinggi) dengan penggunaan dua atau tiga warna cat.

Terdapat juga kertas dinding (wallpaper) bercorak jalur yang berada di pasaran.

Magik Ada Tetapi Tiada

 

perabot yang dicantikkan semula

Jika kita mempunyai perabot lama, bersaiz besar atau fail kabinet yang ingin disorokkan daripada pandangan mata tetamu. Tutupi perabot itu dengan lebihan kertas dinding yang bercorak atau bewarna polos yang sama dengan latar belakang dinding. Supaya ia nampak bersatu dengan dekorasi keseluruhan.

Magik Pantulan Ilusi

cermin dinding di ruang makan

Cermin di dinding merupakan tip dekor klasik untuk menampakkan ruang sempit dan terhad nampak luas. Cermin boleh dipasang di ruang tamu atau ruang makan.

Buku Magik

Melakukan sebarang perubahan pada hiasan dalaman ruang walaupun kecil, sudah boleh di kira magik. Anda perlukan lagi magik-magik yang boleh makeover kediaman anda dengan bajet yang terhad?

Buku magik aka ebook dekorasi ini merupakan buku digital dihasilkan untuk memberikan teknik dan tip cara bajet bagi memberikan kediaman anda sebuah dekorasi menarik tanpa perlu berbelanja lebih.

Klik disini untuk maklumat lanjut

 
Nota: Ebook ini merupakan hasil tulisan saya sendiri yang bukan sahaja memberikan 10 atau 30 tip tetapi 77 tip dekorasi cara bajet yang boleh diaplikasi dalam pelbagai jenis bentuk kediaman.

 

Kredit gambar : lucasfoxbcn , matt hutchinson, littlegreene wallpaper

Hazlam Anuar

Penulis, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan ' Miss Princess Hanbok (2022)', 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?

11 Comments

  1. Assalamualaikum…idea-idea yang diberikan sangat menarik. Saya bakal memasuki rumah baru tahun depan. Masih tercari-cari deko yang sesuai. Rumah agak sempit dan memanjang ke belakang. Suami sukakan perabot jati tapi saya inginkan moden komtemporari. Dalam ebook tu ada tips untuk pemilihan perabot campuran tak?

    • Ebook saya PanduanDekorasi memberikan panduan asas dalam dekorasi dan ebook DekorasiBajet memberikan idea dekorasi cara bajet. Untuk secara detail pemilihan perabot campuran memang tiada. Tetapi perabot campur ini lebih dikenali sebagai konsep Eclectic. Boleh layari salah satu blog dekorasi kesukaan saya yang menunjukkan gambar konsep ini di Apartment Therapy Blog.

  2. bercadang untuk contact saudara bg dapatkan khidmat nasihat deco ruang tamu dan dining area..bgaiman utk saya dptkan khidmat nasihat online?

  3. Slm,sy nk tanya..smlm sy ada cat ruang tamu sy dgn warna danish passituine..tetapi nmpk gelap…bolehkah sy warna kat sliding door pintu kuar rumah dgn warna terang?warna apa yg sesuai?perabot sy plak perabot jati…tlg sy selesaikan mslh ini

  4. Encik, saya telah membuat langsir warna merah, apakah warna cat di ding yg sesuai. Hall runah saya kecil dn sempit. Boleh tak beri idea kpd saya.,

    • Warna dinding yang sesuai dengan merah ialah krim / kelabu / kuning air. Ketiga-tiga ini tergolong dalam warna yang cerah. Jadi ruang nampak luas.

  5. Saya memilik rumah yang mempunyai ruang tamu yang sempit. Tetapi dinding yang agak panjang. Apakah wall paper yang sesuai?

    • Ada dua pilihan Wallpaper
      1) Bercorak jalur menegak.
      2) Bercorak besar. Seperti bunga bersaiz besar.

  6. Assalamualaikum tn. Boleh bagi contoh decor untuk ruang tamu sempit rumah flat kos rendah 10kaki x 10kaki.tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *