Ingat Minuman Sahaja Yang Ada 3 in 1! Perabot Pun Ada Juga

 

Sebelum ini H.A ada post berkenaan sebuah barang yang boleh digunakan  dengan pelbagai tujuan yang lain. Boleh lihat di  facebook H.A. Kita perlu menjadi lebih kreatif untuk menyelesaikan masalah rumah yang mempunyai ruang yang sempit dan terhad bagi mengelak penambahan perabot atau kewangan. Kini, terdapat perabot dan barang dekorasi yang telah direka untuk menjadikan perabot yang multipurpose.

Post di facebook_Alam Anuar

Perabot yang biasa juga boleh menjadi multipurpose kalau kita ada salah satu perabot seperti ottoman, bangku/kerusi dan troli yang bukan hanya digunakan untuk satu tujuan sahaja tetapi boleh dipakai  dengan perkara-perkara yang lain.

Ottoman

Ottoman yang pelbagai guna

  • Dijadikan tempat merehatkan kaki
  • Boleh dijadikan tempat duduk tambahan.
  • Boleh dijadikan sebagai meja kopi . Tambahkan dulang (kerana sesetengah ottoman tidak rata permukaanya).
  • Dijadikan sebagai storan tambahan bagi ottoman yang ada storan di dalamnya.

 

Bangku/ Kerusi

kerusi sebagai meja sisi katil

  • Boleh dijadikan sebagai meja sisi. Syaratnya perlu bangku/kerusi bersaiz lebar supaya dapat diletakkan lampu meja dan pasu bunga atau buku.
  • Bangku kecil dan rata boleh digunakan sebagai meja kopi. (Perlu dua bangku yang rata dirapatkan)
  • Terdapat kerusi yang dijadikan sebagai para!

 

kerusi sebagai para

Troli

Troli serbaguna

  • Boleh digunakan di dapur. (Produk rempah ratus, bahan kering, botol-botol kicap/sos)
  • Boleh digunakan di ruang makan. (Cawan, pinggan mangkuk dan kutleri)
  • Boleh digunakan di ruang tamu. (Koleksi majalah/buku dan pasu bunga)
  • Boleh digunakan di koridor. ( Sediakan bekas untuk diletakkan kunci rumah, kunci kereta, surat, bil dan lain-lain)
  • Boleh digunakan di ruang pejabat. ( Dokumen, fail, alat tulis)
  • Boleh digunakan untuk barangan hobi. (Alatan menjahit/ alatan melukis)
  • Boleh digunakan di garaj/bengkel. ( Peralatan kayu atau peralatan bengkel motor)

 

Bersambung…

Foto kredit : brightboldbeautiful, lazykatecreates, dandeluca

Hazlam Anuar

Penulis, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan ' Miss Princess Hanbok (2022)', 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *