Apabila membeli perabot, kita begitu rambang mata melihat perabot yang cantik dalam pelbagai bentuk. Kita cuba,kita tengok harga dan kita beli, tetapi apabila sampai di rumah, perabot itu tidak sesuai dengan ruang kediaman, tidak muat dalam bilik dan rasa tidak praktikal pula. Kenapa ini terjadi,harga perabot bukannya murah!
Kita seeloknya tidak membeli kerana suka dan cantik sahaja, tetapi lebih kepada membeli kerana keperluan perabot tersebut di rumah. Oleh itu,mulakan tanya diri kita 8 soalan ini sebelum membeli perabot.
#1-Berapa saiz ruang yang saya ada?
Ini menentukan jumlah perabot yang perlu dibeli dan berapa besar perabot tersebut untuk ruang kita. Jika ruang kecil, kita perlu perabot jenis pelbagai guna, bersaiz kecil atau sederhana, mudah dibuka dan dipasang.
#2-Siapa yang mengunakan ruang atau bilik tersebut?
Kita tentunya mempunyai pelbagai aktiviti untuk sesuatu ruang tersebut. Jikalau berkongsi ruang, keperluan mereka turut diberikan perhatian bersama.
Misalnya, perabot berbucu tajam tidak sesuai untuk diletakkan dalam bilik kanak-kanak kerana bahaya. Sofa bewarna putih tidak sesuai jika tempat itu selalu digunakan atau ada binatang peliharaan yang boleh menyebabkan kekotoran pada sofa tersebut.
#3-Apakah kegunaan ruang tersebut?
Adakah bilik tersebut untuk kita bekerja atau bilik keluarga? Perabot yang beli perlu sesuai dengan kegunaannya. Contohnya, kerusi makan jangan digunakan untuk kerusi bekerja.
#4- Apakah warna pilihan yang menarik perhatian saya?
Adakah kita mempunyai warna pilihan? Warna apa yang kita suka? Adakah terdapat warna yang kita tidak suka? Cuba jauhi!
Pilih warna perabot yang membuat kita rasa suka dan selesa. Selain itu, perabot bewarna boleh menimbulkan suasana ceria dan elegan pada ruang perabot itu diletakkan.
#5- Adakah terdapat perabot dan hiasan lain dalam bilik saya ?
Mana-mana perabot, karpet atau hasil seni yang kita sudah ada boleh memberikan permulaan yang baik untuk membantu kita mewujudkan gambaran idea dalam hiasan. Adakah perabot yang kita beli nanti menjadi fokus utama atau sampingan? Katil merupakan fokus utama dalam bilik tidur.
#6-Bagaimana kalau saya mula dari awal ?
Rumah baru, rumah masih kosong, perabot tiada, ini memang boleh memeningkan kepala kita. Tetapi ia juga menyeronokkan! Sebelum pergi membeli perabot, cuba rujuk majalah-majalah dekorasi tempatan atau antarabangsa, ebook PanduanDekorasi atau katalog dan website dekorasi yang kita rasa menarik.
Kemudian, kumpul koleksi gambar perabot dan dekorasi yang diminati dalam sebuah fail .Ini boleh memberikan idea tema atau konsep hiasan kediaman kita. Bawa fail tersebut ketika membeli-belah perabot.
#7-Berapa lama saya akan mengunakannya?
Ini terpulang kegunaan perabot tersebut di ruang mana. Perabot yang kerap digunakan adalah katil dan sofa. Tapi, jika kita kerap menukar perabot rumah, selalu berpindah dan jarang dirumah, ini bukan idea yang baik untuk membeli perabot yang mahal.
#8-Soalan terakhir dan terpenting sekali, berapa bajet yang saya ada?
Adakah kita mempunyai bajet yang terhad atau tidak kisah berbelanja lebih untuk membeli perabot? Jika kita boleh beli dikemudian hari, pastinya kita akan bakal jumpa pelbagai lagi jenis perabot yang sesuai dengan citarasa, keperluan dan bajet kita.
Oleh itu,lihat sekeliling sebelum membeli, buat kajian dalam website kedai dan buat perbandingan dari segi harga. Pastinya, kita akan menjumpai sesuatu yang disukai.
Artikel ini merupakan sebahagian daripada ebook DekoPerabot – Panduan Bagaimana Memilih & Membeli Perabot Berkualiti.
Kredit gambar:(taylormiles, barangapix, esshots, thebonbongirl, sgmdigital )
Saudara,
Saya ada satu soalan yg hendak di kemukakan.
Ukuran Ruang Tamu di rumah saya ialah 20’x10′.
Rumah teres setingkat, dan ber “sliding” door.
Settee di ruang tamu saya ialah kerusi jati 3+2+1.
Di ruang tersebut juga terdapat sebuah meja panjang bujur ~ 6kerusi.
Bagaimana caranya utk saya menghias, meletakkan set settee dan set meja makan tersebut.
Sudah puas saya menysusun atur, tetapi masih tidak menepati citarasa saya.
Utk pengetahuan, saya sudah mempunya set meja makan bulat berkerusi 5 di ruang makan rumah saya.
Harap saudara dpt membantu.
Sekian, Terima kasih.
Aina Zainal.
Boleh email gambar ke email saya di alamdesign(at)gmail.com . Gantikan at dengan @.
salam
sy nak deco n cat bilik tidur
tapi bilik tidur sy kecil shj
n ad blik air dalm blik tersebut
warna ape n perabot ape y sesuai untuk digunakan ye?
Salam saudari Ieda,
-Untuk bilik kelihatan luas, pilih warna-warna yang terang atau warna pucat(pastel color).
– Warna pilih yang disukai. Warna biru dipilih kerana memberikan ketenangan.
– ada juga yang memilih warna hijau,ungu dan light pale pink.
– gunakan cermin untuk memberikan ilusi bilik nampak luas.
– bilik tidur kecil, perabot asas sudah mengucupi, seperti katil,almari dan meja solek dan meja sisi.
SALAM….
SAYA NAK MINTA PANDANGAN . SAYA ADA RUANG MKN YANG X BEGITU LUAS. SAYA X TAHU NAK MENGECAT WARNA APA. KABINET DAPUR SAYA BERWARNA HITAM DAN PUTIH. SO WARNA APA YANG SESUAI…
Warna yang sesuai untuk dipilih ialah:
1) cream
2) kelabu
3) Merah
4) coklat
5) maroon
salam..keluarga saya baru pergi melawat rumah baru kami..tapi sayangnya bilik yang bakal saya duduk terlalu kecil..disebabkan saya masih belajar , saya memerlukan meja belajar..berkemunkinan meja belajar saya tak dapat nak ditempatkan dalam bilik tersebut..
harap saudara dapat memberi sedikit idea untuk selesaikan masalah saya dengan cara lain..
Apakah culture belajar saudari?
Seorang pelukis memerlukan meja besar untuknya melukis.
Seorang pereka grafik memerlukan ruang untuk komputer desktopnya?
Seorang pelajar law mungkin memerlukan ruang untuk buku-buku rujukkannya?
Adakah saudari hanya perlukan laptop untuk belajar? Jika ya, pemasang sekeping kayu tebal untuk dijadikan para sahaja sudah mencukupi. Nasihat saya lagi satu,meja belajar ada pelbagai rekaan dan saiz. Berapa ruang yang ada dalam bilik tersebut? Cuba ukur dan perhatikan kalau ada kedai yang menjual meja (tidak semestinya meja belajar) yang muat dalam ruang tersebut.
Saudara, saya buntu. nak mintak tolong beri idea.
rumah saya banglo .banyak cermin/tingkap.sliding door ada 3.disamping tingkap2.bumbung tinggi.lantai putih .
perabot terpaksa guna yang lama.(budget dah byk guna utk bina rumah).kebanyakan perabot adalah kayu (coklat).italian stlye.
tapi pattern rumah adalah modern.saya tak nak modern sgt dan klasik sangat.saya pening untuk buat langsir colour apa.
juga kabinet dapur. colour apa yang sesuai. tolong saya sangat2.saya takde idea langsung.
pertolongan saudara sangat saya hargai.terima kasih.
Tidak perlu buntu. Cuba cari inspirasi dalam majalah. Kalau dapur boleh cari idea dalam majalah Impiana Dapur. Warna Italy style lebih kepada warna-warna lembut dan mewahnya kerana kemasan. Cuba taip Google ‘Italy interior style’ dan lihat detail-nya. Moga dapat idea.
tqvm.
tips mantap untuk rumah klasik saya….
Slm saudara.nk tanya.apa lebih n kurangnya antara beli perabot yang dah siap atau perabot yang ditempah?buntu